Sabotaj Diri Dengan Beri Alasan

Semua orang sebenarnya boleh menjadi usahawan namun bukan semua boleh menjadi usahawan yang berjaya. Hal ini disebabkan pelbagai faktor termasuk soal mindset yang ada dalam diri mereka sendiri.

Ia termasuklah soal beri alasan yang hanya sabotaj diri usahawan itu sendiri. Alasan yang sering diberikan dan diulang bagi menunjukkan tiada tindakan susulan yang berasas kepada diri sendiri dan orang lain.

Contohnya, ketika pandemik ini mungkin ada segelintir daripada usahawan masih berikan alasan bahawa tidak dapat melakukan bisnes disebabkan kedai tak dapat dibuka ataupun ramai orang sudah tak pergi ke kedai.

Ya, ada kebenarannya namun adakah usahawan itu hanya berikan alasan ini tanpa berbuat apa-apa? Alasan tak akan menyelesaikan masalah-masalah dan cabaran yang timbul dalam bisnes. Sebaliknya, cari jalan dan lebih mudah apabila usahawan itu mempunyai MenThor yang dapat bimbing mereka.

Berikut kami kongsikan kepada anda beberapa alasan utama yang diberikan usahawan hingga menjadi penghalang kepada perkembangan dan kejayaan mereka.

3 alasan utama menghalang kejayaan usahawan :

1. Tunggu dan lihat

Mereka berharap kepada ‘takdir’, mungkin keadaan nanti akan kembali pulih dalam masa terdekat tanpa melakukan sebarang perubahan yang diperlukan ketika ini.

Sedangkan jika usahawan sedang berdepan masalahj atau cabaran itu, tanganinya secepat mungkin. Tindakan pantas perlu dilakukan bagi memastikan bisnes anda tidak begitu terjejas. Jangan biarkan umpama ‘nasi sudah jadi bubur’, lagi susah nanti untuk nak perbetulkan semula.

Seperti kata MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa tindakan pantas usahawan itu boleh berikan hasil lebih pantas.

“Fast action, fast results,” katanya.

2. Perlu berada dalam kawalan

Bukan semuanya perlu berada dalam kawalan anda. Sesuatu perkara itu perlu diagihkan tanggungjawab kepada team anda bergantung kepada kepakaran dan pengalaman mereka.

Pengagihan tanggungjawab atau kuasa ini dapat membuatkan bukan saja usahawan itu lebih tenang malah memperkasakan team sendiri.

3. Tak mahu dapatkan bimbingan

Rasa diri tak perlu lagi bimbingan kerana sudah ‘berjaya’ pun berniaga yang mungkin sudah masuk beberapa tahun lamanya. Daripada bayar untuk dapatkan bimbingan, lebih baik digunakan bagi pembangunan bisnes kata mereka yang berpandangan pendek ini.

Bimbingan daripada MenThor yang betul diperlukan kerana ia merupakan jalan pintas atau shortcut untuk usahawan dapat bergerak dengan pantas meskipun berdepan cabaran-cabaran.

Setiap tahap bisnes, mempunyai cabaran baru yang memerlukan ilmu dan panduan betul untuk terus berkembang serta alami peningkatan.

Perkongsian ini diharap dapat menjadi idea mahupun peringatan agar usahawan dapat terus fokus dengan perkara yang perlu bagi memastikan bisnes bukan saja bertahan malah berkembang lagi.

Jika anda mahukan ilmu dan panduan keusahawanan, boleh sertai Telegram – Azizan Osman Official sekarang.



Leave a Reply