Adakah anda seorang usahawan? Jika ya, apa perkara yang anda dah buat untuk bisnes anda berkembang maju?
Adakah anda rasa, anda dah cukup mempunyai semua sifat yang patut ada pada seorang usahawan? Sekali-sekala perlu juga cek, supaya kita tak syok sendiri dan perasan kita betul lah sangat.
Berikut kami kongsikan 6 perkara yang tak akan dibuat oleh seorang usahawan :
1. Beri alasan
Ramai orang suka memberi alasan, tidak kiralah kerja mereka mudah atau susah. Bila anda dah jadikan berniaga sebagai kerjaya anda, jangan jadikan alasan sebagai penghalang utama dalam kejayaan anda.
Seorang usahawan tidak sepatutnya memberi segunung alasan dalam apa jua situasi yang mereka hadapi. Sebaliknya anda haruslah cari jalan penyelesaian kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
2. Abaikan tidur
Dengar macam pelik je kan? Siapa yang tidak mahu tidur secukupnya? Tapi ada segelintir orang yang mengabaikan tidur mereka demi mencapai apa yang mereka mahukan.
Mereka tidak tahu akan kesan sampingan yang bakal mereka hadapi nanti. Kajian mendapati orang yang tidur kurang dari 6 atau 7 jam sehari berisiko mendapat banyak penyakit. Anda mahu ke, anda kaya tapi sakit?
3. Di kelilingi dengan orang negatif
Jika anda dikelilingi dengan orang-orang yang negatif, secara tak langsung anda pun akan menjadi orang yang negatif. Aura mereka sahaja sudah tidak menyenangkan.
Bayangkan anda terjebak dengan aura negatif ini? Apa yang harus anda lakukan? Jangan risau, bila anda nampak orang yang negatif berada dekat anda, anda boleh belajar untuk tidak jadi negatif dengan kuatkan semangat anda dan jangan terpengaruh dengan segala hasutan mereka, boleh?
4. Membiarkan kegagalan menghalang mereka
Seseorang yang bergelar usahawan tidak akan membiarkan kegagalan menghalang mereka dari terus berjaya. Mereka tahu dalam hidup ini ada naik turunnya kerana “failure is a stepping stone to success”.
Tapi, ramai usahawan membiarkan emosi yang tidak baik mempengaruhi keputusan mereka dalam bisnes. Kadang-kadang, mereka membiarkan orang lain yang buat keputusan untuk dirinya. Ini boleh menyebabkan seseorang usahawan itu tidak yakin pada dirinya sendiri.
5. Berfikiran sempit
Seorang usahawan sepatutnya berfikiran luas. Fikir “out of the box” untuk mencapai kejayaan yang diimpikan dan bukannya berfikiran sempit.
Bila anda berfikiran luas dan ada banyak ilmu, lagi mudah untuk anda jadi kaya dan berjaya.
Pelanggan juga akan yakin dengan anda dan senang untuk berurusan dengan anda sekiranya anda boleh menerima segala teguran dari mereka.
6. Tidak belajar dari kesilapan
Sepatutnya kita semua belajar dari kesilapan dan tidak melakukannya lagi kerana jika kita mengulangi kesilapan yang sama, itu bukan namanya kesilapan.
Anda akan dianggap bodoh jika penyebab anda jatuh adalah benda yang sama. Sekiranya anda tak tahu apa penyebab anda jatuh, inilah masanya anda menuntut ilmu dan cari MenThor yang boleh membimbing anda ke jalan yang benar.
Mungkin dengan menghadiri program-program atau seminar, anda boleh tahu kesilapan anda.