Cara Kekalkan Motivasi Ketika WFH

Sesetengah bisnes ketika ini sedang menjalankan dasar Bekerja Dari Rumah atau Work From Home ( WFH ) agar dapat membantu dalam usaha memerangi pandemik yang semakin membimbangkan.

Sehubungan itu, bagaimana kita nak menguruskan dan menjaga team yang berada di rumah bagi memastikan mereka kekal fokus dan bermotivasi dalam mencapai matlamat ditetapkan.

Kita telah pun mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada tahun lalu dan kini sedang dilaksanakan PKP 3.0. Pengalaman dari PKP 1.0 perlu digunakan dan ditambah baik agar operasi bisnes masih dapat berjalan dengan baik.

Menurut pakar produktiviti bahawa cara terbaik untuk mengekalkan fokus dalam persekitaran baru adalah dengan mewujudkan sesuatu rutin. Menurut Profesor Pengurusan, Monique Valcour dalam cnbc.com ada berkongsikan beberapa perkara yang boleh dibuat untuk mengekalkan motivasi ketika WFH.

5 langkah untuk kekal motivasi ketika WFH :

1. Ambil sedikit masa sebelum membuat kerja

Valcour mencadangkan agar kita dapat meluangkan beberapa minit setiap pagi untuk merancang perkara yang perlu disiapkan pada hari itu. Tugasan besar perlu dipecahkan menjadi kecil agar lebih mudah dicapai danl dipantau.

Hal ini dapat buatkan anda merasa perkembangan yang bermakna ke arah matlamat utama yang boleh menaikkan motivasi anda.

2. Kenal pasti apa kerja yang berikan anda semangat

Sekurang-kurangnya buat salah satu tugas yang anda seronok lakukan. Ia dapat memberikan anda semangat untuk meneruskan hari-hari anda. Selain itu allign juga tugas anda dengan manager.

3. Beri ganjaran kepada diri sendiri

Ya, beri ganjaran kepada diri sendiri bagi tugasan yang anda siapkan. Langkah ini dapat memberikan semangat dan mengembalikan tenaga anda.

Menurut Jurulatih Kepimpinan Bertauliah dan Ahli Psikologi Organisasi-Industri, Kimberly Adams, apabila berasa tak bersemangat, beliau akan beritahu pada diri bahawa akan beri ganjaran untuk berjalan-jalan ke luar bila selesai tugasan berkenaan.

4. Iktiraf apa yang sudah diselesaikan

Valcour mencadangkan agar team mengiktiraf tugas atau kerja yang sudah siap setiap hari atau minggu bagi mengingatkan apa yang sudah berjaya diselesaikan.

5. Berhubung dan bercakap dengan bos

WFH ini boleh juga mendatangkan stres apabila seseorang itu mula berasa terbeban dengan situasi semasa ketika ini.

Bercakap dengan bos anda mengenai bebanan tugas lebih atau kurang, cabaran yang dihadapi ketika bekerja dari rumah di samping mengetahui apa yang boleh anda sokong team lagi.

Moga beberapa langkah ini dapat membantu anda dan team dalam mengharungi tempoh ini. Pandemik C0vid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan perubahan tabiat dan cara bekerja sebahagian bisnes di luar sana.

Perubahan dan penambahbaikan perlu dilakukan serta disesuaikan dari semasa ke semasa agar bisnes dapat bertahan malah berkembang lagi.



Leave a Reply