Fokus Pada Satu Perkara

Selalu kita mendengar bahawa seseorang usahawan itu perlu fokus dalam menjalankan bisnes mereka. Elakkan melakukan 2 ke 3 bisnes dalam satu masa.

Banyak kisah daripada usahawan yang mendapatkan latihan dan bimbingan RichWorks sebelum itu melakukan beberapa bisnes atau produk namun hasil yang diterima bukannya meningkat sebaliknya tiada sebarang peningkatan malah ada yang menurun.

Kesan fokus

Bagaimanapun selepas dibimbing, usahawan-usahawan ini telah fokus hanya kepada satu bisnes atau produk mereka dan kemudian menyaksikan perubahan positif pada prestasi mereka.

Bisnes yang dulunya tersangkut pada tahap sama, sudah meningkat dan berkembang apabila mereka fokus kepada satu bisnes itu. Mereka dapat memberikan lebih tumpuan dan tenaga kepada usaha pada bisnes itu berbanding melakukan banyak bisnes dalam satu masa.

Tapi mengapa sebelum itu, mereka nak melakukan banyak bisnes dalam satu masa?

Ada yang mengatakan untuk mendapatkan pendapatan yang lebih banyak, nak hidup katanya. Yalah, kalau 1 bisnes boleh mendapatkan sekitar RM2,000 ke RM3,000, jadi kalau ada bisnes lain mungkin boleh dapat lebih lagi. Betul tak kalau difikir secara logik?

Tapi apa yang diharap-harapkan tak kesampaian. Sebabnya anda terpaksa bahagikan masa untuk memikirkan kepada beberapa bisnes berbanding hanya satu saja.

Tumpuan tak dapat diberikan, membuatkan anda tak dapat meningkatkan kepakaran atau kemahiran dalam bidang bisnes anda. Malah kemungkinan untuk pesaing-pesaing lain untuk lebih ke depan berbanding anda juga tinggi.

Waktu juga semakin terhad dan bagaimana pula anda nak mendapatkan keseimbangan dalam hidup seperti masa bersama keluarga, diri sendiri dan lain-lain.

Begitu juga pandangan dari pihak pelanggan, mereka akan melihat sama ada anda mempunyai kepakaran dalam bisnes itu. Pelanggan akan lebih suka untuk mendapatkan perkhidmatan bisnes yang ada kepakaran tertentu berbanding pelbagai kepakaran.

Sehubungan itu untuk memastikan bisnes anda dapat berkembang lagi, fokus kepada satu perkara, satu bisnes dengan buat sampai habis untuk mencapai impian.



10 Comments

  • As

    Focus.. Focus pada satu. Kunci kejayaan. Insyallah saya akan ingat pesanan ini

  • rozita binti md yunus

    Salam.
    Setuju sangat. sebelum ini saya buat biz advertising dan printing dah 26 tahun sekrg. alhamdulillah dapat capai 1 juta lebih dalam setahun. kebanyakan projek kerajaan. tapi sejak kami cuba diversify ke F&B selama 6 tahun bermula 2010 hingga 2016 main biz kami jatuh kerana kurang fokus. Jadi bermula 2017 kami mula fokus semula kpd biz ini dan menamatkan biz F&B. Alhamdulillah sekarang biz ini semakin maju berkat klien lama memberi kepercayaan kpd kami walaupun kami agak merangkak kerana pejabat kami pernah dirompak sebanyak 2 kali. doakan kami supaya boleh berjaya semula seterusnya dapat membantu orang2 yang memerlukan. Aamiin. Terima kasih.

    • Team RichWorks

      Alhamdulillah bagus sebab telah lakukan tindakan, jangan takut untuk lakukan tindakan dan perubahan . pasti akan dapat hasil yang berbeza. Kami Team Richworks sentiasa doakan Puan Rozita capai impian dan dapat bantu orang yang memerlukan lebih lagi, amin amin amin Ya Rabb . Sebarang pertanyaan boleh rujuk Team Richworks di talian wasap.my/60167136638.

  • Nor afifah

    1.fokus satu bisnes
    2.org akn nmpk kesungguhan
    3.org akn percya bila sentiasa buat
    4.buat smpai jadi

    • Team RichWorks

      Yess buat sampai jadi! Awesome! Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk Team Richworks di talian wasap.my/60167136638.

  • Mollie binti Atan

    Memang fokus..tp jika order lama tak dpt..brg..duit perlu cpt..sya kena juga jual yg lain utk dptkn duit..

  • Siti khadijah wahab

    Saya stokis teh ais pyorrr jual jalanan. Founder kami tak penah live fb utk marketing. Hanya hntar poster gambar ja tiap2 hari dlm group.sale kami mndatar n menurun. Bila tnya dia ckp tak perlu. Kami usaha buat sndri. Utk tidak mahu gagal kami tmbh kropok lekor utk naikkan sale. Kami buat live sndri..

    • Team RichWorks

      Wow bagus teruskan. Sikap orang berjaya adalah lakukan perkara yang luar biasa. barulah hasil pun luar biasa! semoga Tuan kaya dan berjaya ! sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh rujuk Team Richworks di Talian wasap.my/60167136638

Leave a Reply