Kisah perjalanan orang tak sama. Setiap orang diuji dan diduga dengan pelbagai rintangan dan masalah. Tuan Hirman dan Shazeera Shaiful Rizal adalah rakan kongsi yang menjalankan bisnes Sawanah Koko yang berlokasi di Batu Caves, Selangor.
Dulunya Tuan Hirman ini pernah berniaga bermula pada 2010 lagi. Dia buat bisnes printing, stationary, photostat, supply goverment, baju muslimah, bundle pun dia pernah buat.
Anda bayangkanlah lepas tukar-tukar bisnes tak jugak bertahan lama.
Memang tak ada MenThor yang ajar dia macam mana cara nak buat bisnes. Lepas jatuh, dia bangun semula dan ianya berterusan sehinggalah dia bertemu dengan RichWorks pada 2019 yang membantu bisnesnya untuk naik semula.
Kalau anda nak tahu, inilah tahap kebengangan yang dia terpaksa hadapi selepas satu bisnes ke satu bisnes tapi sales tak ke mana juga. Arwah ayahnya pernah berpesan untuk berniaga jika nak duit banyak, nak pergi umrah, nak berjalan seluruh negara kena buat bisnes.
Sebab kawan-kawan ayah beliau banyak ‘tauke’ perniagaan yang berjaya, rumah besar, kaya, dan boleh bantu ramai orang. Bukan tu saja, dia juga bengang dengan kesusahan yang dia pernah hadapi dulu.
“Apa yang menjadi kebengangan adalah saya tak dapat nak bantu keluarga, saya tak boleh nak bantu saudara-mara yang susah kerana gaji pun dapat cukup-cukup makan. Ibu saya juga pernah keluarkan motor untuk saya bekerja, rasa sangat malu ketika tu, sebab saya yang dah bekerja dibantu oleh ibu, sepatutnya saya yang bantu keluarga.”
“Bisnes tapi tak ada duit, kerana tak ada orang nak guide, tak ada yang nak marah kita, tak ada yang nak tegur, buat rasa boleh buat kita buat je. Macam Datuk Wira cakap, bangun pagi rasa apa nak buat kita buat.”
Jelasnya lagi, dia amat berterima kasih kepada Co Foundernya, Shazeera yang banyak bantu daripada permulaan bisnes kokonya itu. Walaupun baru berusia 25 tahun, Hirman boleh nampak kesungguhan dan juga kepandaiannya dalam menjalankan dan menguruskan bisnesnya.
Pada September 2019, beliau menyertai program mentoring SPIRE sebelum upgrade kepada circle Titanium untuk mendapatkan bimbingan dengan lebih rapat bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Pencapaian Sawanah Koko
Salesnya yang dulu RM3 juta kini dah naik sebanyak RM5 juta lebih hasil daripada ilmu dan komitmen yang mereka berikan kepada RichWorks. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai ejen seramai 295 orang dan pengedar seramai 573 orang.
1 Comment
1.mentor y betul
2.cari ilmu y betul