- 15/03/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Perkembangan Bisnes
Teringin nak membesarkan perniagaan anda?
Tapi, tak tahu bagaimana nak membesarkan perniagaan anda. Besar yang kami maksudkan bukan setakat dari segi saiz fizikal, tetapi dengan strategi kami kongsikan ini anda mampu tunjukkan bahawa perniagaan anda mampu kelihatan ‘established’ dan lebih dipercayai jika buat 6 strategi ini.
6 strategi untuk Buat Bisnes Anda Lebih Dipercayai :
1. Jenama
Perniagaan yang besar lazimnya mempunyai satu jenama yang kukuh. Penjenamaan bukan sekadar hanya pada logo dan warna korporat,malah ia melibatkan satu pengalaman tidak langsung pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan anda seperti cara berpakaian,etika menjawab panggilan telefon,etika berkomunikasi melalui e mel dan sebagainya lagi.
2. Pertimbangkan nama produk anda
Mencipta nama perniagaan adalah satu tanggungjawab yang besar. Nama sesebuah produk sendiri menentukan hala tujunya. Apabila sesuatu nama digunakan, perkara yang paling sukar adalah untuk memastikan pelanggan anda terus memilih dan melakukan pembelian berulang.
3. Buat laman web yang lebih baik
Walaupun perniagaan anda berskala kecil, namun tiada alasan untuk anda menghasilkan laman web yang baik bagi rujukan orang ramai. Sekiranya seseorang itu melakukan pencarian di enjin pencarian tentang produk dan perkhidmatan anda,sudah pasti anda ingin memberi tanggapan pertama yang begitu impak dan menarik.
Laman web anda perlulah kelihatan profesional dan tidak sarat, disertakan dengan warna, saiz font dan gambar yang jelas untuk memudahkan pembaca membacanya.
Perkara penting yang anda perlu lakukan adalah maklumat tentang produk dan syarikat anda hendaklah tepat. Pastikan alamat e-mel anda kelihatan gah. Usahawan yang mempunyai perniagaan yang lebih besar biasanya tidak menggunakan alamat mel web percuma (contohnya Gmail, Yahoo! atau AOL) untuk email kerjanya.
4. Gunakan penyambut tetamu maya
Menjadik pemilik kepada sesebuah perniagaan tidak bermakna anda perlu melakukan kesemua tugasan yang ada. Dengan menggunakan kaedah autoresponder dan email broadcast sebagai agen maya utama pada masa sekarang sangat membantu para peniaga.
Anda tidak perlu untuk mengupah perkerja dan pada masa yang sama teknik autoresponder dan email broadcast boleh membalas email pelanggan dengan lebih efektif. Ia akan membuatkan pelanggan anda lebih senang berurusan daripada menunggu balasan email yang lambat.
5. Dapatkan alamat pejabat yang menarik
Lokasi perniagaan juga dilihat menjadi aspek yang penting di dalam merperkasakan sesebuah perniagaan. Untuk perniagaan kelihatan lebih dipercayai, sebaik-baiknya elakkan dari menggunakan alamat rumah dan nombor telefon peribadi kerana pelanggan kurang yakin dengan imej perniagaan yang kelihatan tidak serius.
6. Membuat kerjasama perniagaan
Untuk perniagaan kelihatan lebih dipercayai, anda boleh membuat kerjasama dengan syarikat yang dikenali ramai. Ia dapat menyakinkan pelanggan untuk menjengah kepada perniagaan anda.
Kebiasaannya pelanggan lebih memilih syarikat yang familiar dengan mereka untuk berurusan. Ini kerana mereka akan rasa lebih selamat untuk berurusan dengan perniagaan anda.
Alhamdullilah, Syukur.
Elmu yang diberi..Amin
👍👍👍