Kuasai Minda Anda Cara Jutawan

Ramai orang mudah lupa. Lupa yang hidupnya mula berubah bila mereka mula ada peningkatan ilmu dan konsisten bertindak. Ilmu merubah hidup manusia. Banyak disebut atau kita dengar tentang ilmu ini.

Nak dunia mesti dengan ilmu, nak akhirat mesti dengan ilmu dan nak dunia akhirat juga dengan ilmu. Ilmu membina kualiti minda dan emosi serta kualiti keputusan dan tindakan seseorang dengan izin-Nya.

Untuk kuasai minda dengan cara jutawan, seseorang itu memerlukan tahap ilmu dan kefahaman yang boleh membawa dirinya benar-benar ke tahap yang bukan sahaja menguasai minda tetapi meningkatkan kuasa emosi.

Apa yang anda fikirkan adalah satu doa dan minda manusia adalah ibarat ladang subur yang jika ditanam serta dibenihkan dengan bagus akan “tumbuh” hasilnya di dalam kehidupan realiti.

‘Thoughts become things.’

Anda boleh kuasai minda anda dengan banyak cara antaranya :

  1. Membaca banyak kisah mereka yang berjaya dan jutawan – Ini salah satu cara untuk anda “meniru” gaya pemikiran mereka supaya anda dapat tingkatkan kualiti gaya hidup dan kewangan anda.
  2. Bergaul dengan mereka yang berjaya dan jutawan untuk satu waktu yang lama dan belajar khusus dari mereka jika ada yang sudi berkongsi dengan anda.
  3. Bekerja rapat dengan mereka untuk satu jangka masa yang lama.
  4. Trial and Adjust dengan ilmu dan pengalaman sendiri.

Jom kuasai minda cara jutawan namun sebenarnya tidak ada cara yang lebih mudah untuk mengusai minda kita sendiri. Belajar upgrade diri anda melainkan meletakkan diri anda di logistik atau suasana yang betul bersama guru yang betul Insya Allah.



Leave a Reply