- 23/11/2020
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Pembangunan Peribadi
Betul cakap sang bijak pandai, petunjuk dan hidayah boleh didapati di mana-mana, bukan setakat di masjid dan surau saja.
Malahan, dia boleh didapati di hotel 5 bintang, di tengah kotaraya, mungkin di tempat paling suci, atau tempat paling jijik, atau tempat paling tinggi atau ketika saat diri dipijak dan terperosok di celah-celah bumi.
Petunjuk dan hidayah bukan semata-mata untuk hal-hal agama, tapi juga dalam hal-hal kejayaan dunia, hal-hal bisnes, hal-hal nak jadi kaya, kerana kalau kau faham, itu semua pun untuk agama.
Pokok isunya, ramai orang tak mencari petunjuk dan hidayah. Mereka hanya hidup sekadar hidup. Kononnya busy buat sesuatu, busy being busy, tapi kau tak tahu kenapa dan untuk apa kau sibuk.
Sibuk sehingga lupakan tujuan hidup dan kenapa kau hidup. Sibuk sehingga tak tahu diri diberi nyawa sehingga saat ini kerana apa? Apa tanggungjawabnya?
Sibuk yang kosong
Yang tak membawa apa-apa. Atau sibuk yang terus menyesatkan, kerana sebenarnya kau hanya berpusing-pusing buat sesuatu yang tujuannya untuk memampukan kau untuk terus sibuk berpusing-pusing lagi, esok, lusa, selagi ada nyawa.
Dalam kesibukan kau buat-buat sibuk, kau langgar semua dinding, kau menghalalkan semua cara, janji kau boleh sibuk lagi esok, kononnya sibuk buat kerja – tapi kau hanya menjahanamkannya.
Ada orang cuba tarik kau dari sibuk yang pura-pura. Dia tarik, kau tak nak ikut, dia jerit kau tak nak dengar, kerana kau rasa kau sibuk..dan kau rasa mereka tak faham kenapa kau sibuk!
Sehingga akhirnya, kau semakin tenggelam dalam lubang sibuk. Dinding-dinding yang kau langgar kerana kononnya sibuk dah makin berlubang besar. Lantai yang kau pijak masa kau sibuk kini dah nak roboh. Masa tu, baru kau sedar… kau hanya sibuk membunuh diri sendiri.
Masa tu baru kau nak tanya, mana petunjuk! Mana hidayah!
Sedangkan kau sendiri ego nak meminta, ego nak bertanya dan ego nak undur ke belakang dan keluar dari sibuk dan tengok apa progres diri sendiri ketika kau sibuk.
Sebenarnya, kau dan ramai lagi tak tahu, apa sebab kau perlu sibuk dan apa yang kau perlu menyibukkan. Sibuk kau tak punya matlamat. Sibuk kau hanya untuk tunjuk kat orang lain-bahawa kau sibuk dan nampak penting!
Sibuk kau hanya untuk status yang boleh di up di FB dan IG!
Ironinya, bila kau tak tau kenapa kau perlu sibuk dan apa yang kau perlu sibukkan, sebenarnya… kau hanya menjahanamkan hidup. Bukan hidup kau seorang tapi juga orang keliling kau.
Tolong…! Berhenti sekejap dari kesibukan kau. Cari makna kenapa kau perlu sibuk sangat. Cari petunjuk dan hidayah.
Supaya kau tak terus mati dalam kesibukan. Dan bila Tuhan tanya, 24 jam yang Aku bagi, apa yang kau sibukkan…?
Dan kau tak boleh jawab sebab kau tak pernah sibukkan diri kau untuk Tuhan.