7 Sikap Usahawan Berjaya Di Dunia Yang Boleh Anda Contohi

Sikap Usahawan Berjaya Di Dunia

Menjadi usahawan berjaya dilihat sebagai satu jalan untuk orang ramai capai banyak impian mereka. “Money is a motivation”. Ramai yang tak nak mengaku perkara ini kerana takut dikatakan tamak dan mementingkan diri sendiri tapi hakikatnya, dengan kewangan yang baik, kita mampu melakukan lebih banyak perkara untuk bahagiakan diri sendiri, bahagiakan orang tersayang dan buat banyak kebaikan untuk bekal ke akhirat.

Jom baca 7 sikap usahawan berjaya di dunia yang mungkin boleh anda jadikan panduan membina kejayaan anda sendiri.


1) Jeff-Bezos adalah pemilik Amazon.com. Beliau telah menjadikan Amazon.com sebagai sebuah perniagaan runcit yang terbesar di atas muka bumi! Amazon.Com bukan setakat menjual barangan harian malahan barangan yang pelik!

Jeffrey Preston Bezos mempunyai sikap mahu menjaga pelanggan dengan cara terbaik.  Menurut beliau, perkara yang perlu dirisaukan oleh semua kakitangannya adalah pelanggan kerana pelangganlah yang meletakkan Amazon.Com di mana mereka berada sekarang.

Amazon.com ‘terhutang budi’ dengan pelanggan. Pelanggan akan dianggap setia dengan Amazon.Com sehinggalah mereka mula nampak pesaing dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka.

2) Amancio Ortega adalah pemilik jenama fesyen – ZARA. Ianya bermula dengan sebuah kedai kecil yang diusahakan oleh keluarganya pada tahun 1963.

Beliau tidak mempunyai pelajaran yang tinggi namun sehingga sekarang, pada umur 80-an beliau masih lagi aktif.  Antara sikap yang beliau amalkan dalam membina Zara ialah selalu berbincang dalam kumpulan dan pandai mengagihkan tugas dan mempunyai kelebihan dalam mendengar pendapat orang lain.

3) Michael Dell – Pemilik syarikat utama yang mengeluarkan komputer peribadi dengan jenama DELL. Beliau adalah antara individu yang manghasilkan idea untuk menjual komputer peribadi secara terus ke tangan pembelinya tanpa perlu ke kedai. 

Michael Dell adalah sangat terkenal dengan sikapnya yang mampu menjadikan sesuatu yang sudah baik menjadi lebih baik dengan selalu menjadi pemerhati, dan melakukan andaian dan kajian.


4) Richard Branson – Hartawan British yang mempunyai lebih dari 400 buah syarikat. Tidak pernah menamatkan pengajiannya di peringkat Universiti, Richard Branson telah menghasilkan beribu-ribu peluang pekerjaan kepada ramai orang di seluruh dunia.

Bagi beliau, untuk berjaya adalah penting untuk tidak bekerja seorang diri! Adalah penting untuk membina orang di keliling anda untuk berjaya, dan kejayaan mereka akan menjadikan anda juga berjaya.

5) Sheryl Sandberg – Merupakan tulang belakang utama Facebook.  Merangkap Ketua Eksekutif Operasi beliau bersama-sama membangunkan Facebook. Sheryl dilihat sebagai rakan kongsi yang berjaya kerana beliau selalu mendengar pendapat dan maklumbalas dari team dan juga orang lain. 

Beliau juga berani mengutarakan pendapat dan berbincang mencari jalan penyelesaian.  Kebanyakan orang tak berani bersuara walaupun melihat dan sedar ada banyak situasi dan masalah timbul dalam bisnes.

6) Estee Lauder – Adalah seorang usahawan yang membina perniagaan bermula dari apa yang ada di tangan. Ketika remaja, beliau telah menghasilkan krim rambut dan krim mukanya sendiri dan mula mengedarkan sample percuma untuk dicuba oleh orang ramai.

Beliau sangat percaya untuk memenangi hati pelanggan, seseorang perlu untuk sentuh perasaan mereka, berikan peluang untuk mereka merasai pengalaman menggunakan produk anda dan tunjukkan result dan hasil yang mereka akan capai dengan produk anda.

7) Datuk Wira Dr Haji Azizan Osman – Merupakan seorang yang pernah gagal dalam perniagaan sehingga terpaksa menggadaikan rumah ibunya sendiri untuk membayar hutang. Akibat dari pengalaman beliau jatuh dan gagal itu, dan kini beliau mampu membina perniagaan sendiri iaitu dengan membantu ramai usahawan untuk berjaya membina bisnes yang mampu meningkatkan tahap kewangan dan kehidupan mereka.

Beliau percaya kunci kepada kejayaan dalam bisnes ialah bergantung kepada membangunkan orang disekeliling anda, mempunyai leadership yang bagus, minat yang sangat mendalam, peningkatan dari segi teknologi, menghasilkan lebih banyak result yang cemerlang dan juga keseronokan dalam melakukan apa saja yang anda suka!



Leave a Reply