- 04/11/2020
- Posted by: Team Richworks teamrichworks
- Categories: Asas Bisnes, Business Review, Pemasaran
“Saya tak tahan nak layan haters. Saya datang Program RichWorks sebab saya nak tahu macam mana Dr Azizan Osman handle haters.” Kata Datin Fiza kepada Team RichWorks setelah beliau dipersoalkan oleh haters kerana menjual Al-Quran dengan hiasan Swarovski.
Ada orang kata dia ajaran sesat, nak menunjuk-nunjuk, nak raih keuntungan lebih dan ada orang tuduh dia riak.
“Kalau orang nak kata riak, masalahnya orang tak bawa Al-Quran pergi jalan-jalan. Orang tinggal di rumah. Jadi nak riak tunjuk kat siapa. Macam-macam haters persoalkan usaha saya untuk membantu lebih ramai orang dekat dengan Al-Quran. So, saya tak tahu nak uruskan macam mana.”
Dalam satu programnya Dr Azizan Osman pernah share dengan peserta program “Dalam bisnes kena ada law of certainty, anda perlu tahu life line anda. Average hidup sampai umur berapa dan berapa lama anda boleh mampu kerja dan mampu jadi insan bermanfaat selama anda hidup ni..”
Renungkan balik kata-kata Dr Azizan Osman, kalau ianya sangat bermakna bagi anda, dah pasti anda semua yang kena kecam dengan haters akan melihat bisnes anda dari sudut berbeza. Masa untuk kita berada di dunia ni singkat. Setkan minda untuk hidup dan memberi lebih banyak manfaat, dan anda akan jadi usahawan yang takkan terkesan dengan haters.
Bila ada haters, sebenarnya ia menunjukkan mereka kenal anda, dan tahu kemampuan anda untuk buat apa. Sebab itu mereka beri perhatian. Masalahnya, mereka lihat kemampuan anda dari perspektif yang berbeza, atau dari sudut yang salah. Mungkin ianya disebabkan pengalaman mereka di masa lampau dengan orang lain, atau ada ketakutan dalam diri mereka walaupun sebenarnya mereka bersetuju dengan apa yang anda buat.
Apa yang haters cakap, tulis dan setiap kecaman sebenarnya berbaur emosi, dan perkara yang melibatkan emosi selalunya lebih mudah untuk menarik perhatian orang. Tak semua yang baca atau dengar kecaman haters akan bersetuju dengan ideologi mereka. Dengan kata lain, haters sebenarnya mencipta marketing percuma kepada lebih ramai orang kerana ianya akan buat lebih ramai orang terkesan dan tahu tentang bisnes anda.
So, don’t worry so much dengan haters!
Kuatkan minda dan perasaan anda. Jangan bertindak mengikut emosi. Ambil pendekatan untuk lebih positif. Dan teruskan bisnes dan buat lebih baik dari biasa!
InsyaAllah, jika niat anda nak beri manfaat kepada lebih ramai orang, ianya akan dipermudahkan.