Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan kita sendiri.

Justeru itu, produktiviti merupakan salah satu aspek penting bagi seseorang itu boleh mencapai matlamat mereka dan berjaya.

5 karakter seseorang usahawan produktif:

1. Berani mencuba

Usahawan yang produktif ini berani mencuba dengan idea baru ataupun tugas baru mereka. Tidak kira dalam situasi apapun, hal ini membolehkan usahawan mendapat maklum balas sebenar dalam perkara yang dilakukan itu.

Tindakan sangat penting bagi seseorang usahawan dalam menentukan kejayaan atau kegagalan mereka.

2. Bekerja keras dan berehat

Seorang usahawan produktif malah berjaya ini mempunyai karakter bekerja keras membuatkan dia boleh mencapai apa nak dicapai itu.

Tanpa kerja keras, sukar untuk seseorang itu mencapai kejayaan.

Menurut bilionaire, Elon Musk, mustahil untuk mencapai sesuatu kejayaan tanpa perlu bekerja keras.

“Terdapat tempat lain yang lebih mudah untuk bekerja tapi tiada sesiapa dapat mengubah dunia dalam 40 jam seminggu,” katanya mengenai syarikat, Tesla dan SpaceX yang dimiliki.

Dalam masa sama, kita juga perlu tahu masa untuk berehat bagi cas semula diri ini. Pentingnya untuk kita dan team berehat bagi bukan saja kesihatan diri malah menjaga hubungan keluarga dan rakan-rakan.

3. Mempunyai hobi yang dibuat selain kerja

Orang berjaya di dunia ini mempunyai hobi atau minat masing-masing. Ada yang mengamalkan seni bela diri, yoga, membaca dan lain-lain. Amalan itu dikatakan dapat menguatkan lagi diri dan minda seterusnya membantu mereka untuk fokus kepada kerja semula.

4. Muhasabah diri

Ambil masa untuk muhasabah diri ini, lihat apa yang sudah dilakukan agar dapat tambah baik dalam bisnes mahupun kehidupan di samping elakkan daripada melakukan kesilapan yang sama.

Lakukan secara kerap, agar anda dapat buat perubahan dan penambahbaikan yang perlu dari semasa ke semasa.

5. Fokus kepada kekuatan yang ada

Selain itu, usahawan yang efektif dan produktif fokus kepada apa kekuatannya dan mengagihkan tugas lain kepada team. Langkah ini dapat membantu mereka mendapat hasil yang nak dicapai dengan lebih pantas.

Maka dengan lima karakter ini, seseorang usahawan itu akan menjadi lebih produktif seterusnya memberikan kesan secara keseluruhannya kepada bisnes



1 Comment

  • Nur Aisyah Aman

    Terima kasih DWDAO dan team kerana sentiasa memberikan semangat.Tetapi..saya sebenarnya masih mencari nak jual apa 🤔.

Leave a Reply