- 07/05/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Category: Business Review
National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM) sambut baik usaha RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks International) dalam melatih dan membimbing usahawan termasuk mereka yang baru nak mula bisnes.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Malaysia (NUFAM), Ismail Nasaruddin berkata, pihaknya amat mengalu-alukan RichWorks dan melihat kepada kerjasama untuk membantu mereka yang hilang pekerjaan.
Katanya, ramai yang terkesan dikalangan kakitangan syarikat penerbangan sejak pandemik pada tahun lalu. Hinggakan hampir 2,000 kakitangan dalam industri penerbangan telah hilang pekerjaan pada awalnya.
“Ramai ahli-ahli kami dan kakitangan syarikat penerbangan yang hilang mata pencarian. Malah hingga Mei ini, ramai lagi yang masih tidak bekerja.
“RichWorks International telah tampil diri untuk beri bantuan kepada pekerja-pekerja seperti mereka telah hilang pekerjaan di syarikat penerbangan,” katanya ketika ditemui ketika Pelancaran Virtual Online Zero Kos Marketing – Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya baru-baru ini.
Tambah Ismail, beliau melihat ia suatu kolaborasi yang bagus, akan meningkatkan lagi ramai usahawan PKS terutama mereka baru nak mula bisnes kecil-kecilan.
“Apa yang saya lihat sendiri, RichWorks dapat membantu mereka dengan lebih berkesan. Matlamatnya memang baik.
“Kemungkinan ada juga yang nak berpindah profesion mereka dari syarikat penerbangan masuk berkecimpung dalam keusahawan atau bisnes sendiri,” jelasnya lagi.
Semua orang boleh mula bisnes namun perlunya ada ilmu daripada latihan dan bimbingan yang baik.
NUFAM Sambut Baik Usaha Dijalankan RichWorks
Jelas Ismail, RichWorks International meningkatkan peluang untuk mereka menjana pendapatan melalui bsines.
“Mungkin ada yang dulu pernah masuk bisnes tapi gagal. dan mereka tak tahu mcm mana nak buat, tak ada pengalaman.
“Jadi dengan RichWorks International, saya rasa akan membantu untuk bagi mereka semangat untuk masuk ke arena bisnes ini,” ujarnya.
Program Virtual Online Zero Kos Marketing itu akan diadakan secara percuma pada 28 – 30 Mei 2021.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.BinaBisnesBerjaya.com