- 04/05/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Perkembangan Bisnes
Ramai yang buntu bila dapat tawaran Joint Venture. Maklumlah, perniagaan baru setahun jagung, sudah ada pihak yang berminat membuat usaha sama, berbaloi ke kalau terlibat?
Takut ada yang mengambil kesempatan pula sampai boleh lingkup bisnes nanti?
Joint Venture adalah perkara biasa yang sering berlaku di dalam dunia bisnes. Memang benar, sekiranya kita gelojoh terima tawaran ini tanpa membuat sebarang rujukan, perniagaan kita menghadapi risiko.
Faham ke faham?
Joint venture adalah kerjasama beberapa perusahaan yang menyerahkan barang dan melaburkan wang bagi komitmen terhadap kerjasama yang dilakukan. Peniaga perlu ada modal, komitmen dan untuk membuktikan wujudnya kerjasama antara dua belah pihak. Surat perjanjian perlu ada untuk berfungsi sebagai mengikat komitmen bagi pelaksanaan Join Venture tersebut.
Antara kelebihan Joint Venture adalah:
• Kuasa dan hak suara berdasarkan pada nilai modal yang dilaburkan.
• Perusahaan join venture tetap memiliki kebebasan masing-masing.
• Dapat memanfaatkan sumber ekonomi pada skala yang besar.
• Sumber informasi yang lebih besar hasil perkongsian jaringan komunikasi dan networking yang efektif.
• Sumber kewangan yang semakin besar.
• Kredibiliti lebih diakui berbanding perniagaan perseorangan.
• Lebih memudahkan pelaksanaan sistem operasi di peringkat global.
• Dapat meminimumkan risiko dan tidak berat sebelah.