- 25/04/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Perkembangan Bisnes
Di bawah gerai berbumbung zink yang tiangnya masih lagi kukuh, kedengaran perbincangan sekumpulan anak muda yang semakin serius memikirkan jalan penyelesaian bagi mendapatkan sejumlah wang untuk menampung kos baik pulih sebuah masjid yang menjadi tempat aktiviti kemasyarakatan mereka
Ketika dahi mula menampakkan garis usia dalam kalangan mereka, timbul saranan daripada mulut susuk seorang yang berusia di penjuru gerai yang mencadangkan agar kumpulan pemuda itu memohon tajaan daripada mana-mana institusi koporat.
Tunggu!
Untuk mendapat tajaan, anda tidak boleh menebalkan muka dan menagih dana dari para penaja sahaja. Seperti mahu memasuki zon perang, anda perlu membuat persiapan yang cukup untuk bersemuka dengan penaja.
7 tips efektif bagi mendapatkan penajaan :
1.Kenali & Fahami Penaja Anda
Ramai pemohon membuat kesilapan dengan tidak membuat persediaan yang rapi ketika membuat pembentangan di hadapan para penaja. Pembentangan tidak boleh tertumpu kepada profil si pemohon semata-mata, tetapi pemohon perlu menarik minat para penaja dengan memberikan faedah dan nilai pulangan yang bakal di terima sekiranya terdapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak.
2.Sasaran Pelanggan Anda
Penajaan koporat melihat kumpulan sasaran yang di letakkan oleh pemohon bagi tujuan penajaan sebagai satu aset yang bernilai. Gunakan statistik bagi meyakinkan para penaja untuk bersetuju membiayai kos penajaan anda.
3.Potensi Networking
Para penaja lebih berminat untuk memberi tajaan dengan melihat peningkatan bilangan jumlah networking yang pernah bekerjasama dengan perniagaan anda. Dengan cara membantu tajaan yang diperlukan oleh anda, ia secara tidak langsung dapat membantu menaikkan rating penajaan bagi syarikat mereka.
4. Pulangan Untuk Masyarakat
Untuk memberi tajaan, badan-badan koporat akan memberi keutamaan kepada permohonan yang membawa nilai kepentingan kepada masyarakat. Masyarakat akan lebih cenderung untuk memilih segala hasil produk yang di keluarkan oleh organisasi perniagaan yang pernah memberi faedah kepada mereka.
5.Perbandingan Kertas Kerja
Bagi mendapatkan penajaan koporat dalam kalangan organisasi yang berprofil tinggi, sediakan beberapa set kertas kerja yang lengkap disertakan maklumat yang boleh di jadikan perbandingan faedah yang anda tawarkan bersama calon pemohon yang lain.
6. Pinjam Pengalaman
Penaja koporat mahukan pengalaman. Jangan bimbang sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman seperti yang diminta. Cuba kaitkan pengalaman lalu yang memberikan kesan terhadap perniagaan anda. Dengan menggunakan pengalaman pelanggan juga, ia dapat menunjukkan bahawa anda telah memperoleh sesuatu yang bernilai walaupun anda tidak pernah mengalaminya
7. Jadikan Integriti Sebahagian Jenama Anda
Kadang-kadang ada sesetengah penaja menolak dengan sengaja permohonan peniaga untuk mendapatkan tajaan mereka. Ini kerana penaja tersebut ingin menguji respon pemohon apabila permohonan mereka ditolak.
Jangan cepat melenting. Bertindaklah dengan bijak kerana dengan tindakan anda sedemikian, para penaja mungkin akan mempertimbangkan kembali keputusan mereka, malah ada pemohon yang tidak menyangka menerima ganjaran lain sebagai pembalasan.
Saya x pandai ..Mana mungkin boleh jadi spt anda
Yang tak pandai boleh belajar..dengan tindakan insyallah boleh capai..