Pengajaran Keusahawanan Penting Daripada Henry Ford

Pengasas Ford Motor Company, Henry Ford merupakan salah seorang usahawan lagenda yang berjaya membina empayar automobil dengan kepimpinan dan cara pemikirannya.

Beliau mengasaskan syarikatnya pada 1903 ketika berusia hampir 40 tahun. Ketika itu, kereta kuda sangat mahal yang hanya digunakan oleh golongan kaya di Amerika Syarikat ketika itu.

“Saya akan membina kereta bagi orang ramai, ia akan dikeluarkan dengan harga yang rendah yang mana tiada sesiapa tidak mampu untuk memilikinya.”

Henry Ford

Namun dengan visi inovatif beliau bagi menghasilkan pengeluaran besar-besaran kenderaan telah membawakan kenderaan mampu milik kepada orang ramai yang dipercayai malah menjadi pencetus kepada revolusi pengindustrian moden.

Berikut kami kongsikan dengan anda 4 pengajaran boleh dipelajari daripada usahawan berjaya ini.

1. Jadi begitu bagus pada sesuatu perkara itu

Apabila anda begitu bagus hingga buatkan orang lain ingat ia dihasilkan oleh anda sendiri. Namun ia tak bermaksud anda mengambil pujian daripada ciptaan orang lain.

Lakukan apa anda suka, yang membawa keterujaan dalam diri ini. Hal ini dapat ‘menjangkiti’ orang lain dan lebih baik anda dapat lakukan maka lebih ramai orang menyukainya.

Henry Ford sering mendapat pujian sebagai orang yang mencipta automobil. Tapi ia tidak tepat, beliau merupakan seorang yang sangat ‘semangat’ dengan automobil hingga orang fikir sedemikian.

2. Kegagalan adalah peluang

Ford pernah mengalami kegagalan banyak kali sebelum beliau berjaya.

“Kegagalan merupakan peluang untuk bermula semula, dengan kali ini lebih bijak.”

Kata mudahnya, kita perlu menerima kegagalan itu sebagai guru. Belajar daripadanya dan lakukan perubahn dan penambahbaikan yang diperlukan untuk berjaya.

Dalam setiap kegagalan terdapat maklumat yang bernilai. Apa kesilapan yang kita lakukan? Bagaimana kita boleh mengambil pendekatan berbeza kali ini?

3. Kuatkan diri di depan mahupun belakang orang

“Kualiti bermaksud melakukan dengan betul bila tiada yang melihat.”

Jangan hanya nak menunjukkan kekuatan di depan orang lain. Meskipun tiada orang lain, lakukan dengan baik, setiap tugas dan perkara yang melibatkan kita.

Meskipun orang lain tidak lihat, mereka dapat merasakannya. Menurut Ford, tidak kira apa yang orang fikirkan sebaliknya bagaimana mereka dilayan.

4. Jangan hanya usahakan bisnes untuk wang

“Sebuah bisnes yang hanya membuat wang merupakan bisnes yang miskin,” jelasnya.

Wang bukannya objek dalam permainan (bisnes) ini, ia hanya aspek semula jadi bagi setiap transaksi.

Lebih baik bagi kita untuk memberikan nilai yang sebenar. Ramai usahawan mencapai kebebasan kewangan kerana mereka memaikan peranan penting dalam kehidupan orang ramai.

Orang tidak mengingati Henry Ford hanya sebagai seorang yang banyak membuat duit. Orang mengingati beliau sebagai yang pertama yang mengilangkan pengeluaran kereta dan menjualnya kepada orang ramai dengan harga mampu milik.

Dapat sesuatu daripada kisah Henry Ford ini? Moga ia sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi dan pengajaran yang dapat diguna pakai dalam bisnes anda. InsyaAllah.



3 Comments

  • Fizah

    Dimana ade masalah di situ ade peluang.. Bagi org nampak ape yg kita bole bantu dengan produk kita..

  • Wiwik

    Can be my inspiration for my own bisnis. I try to the best for future my bisnis. I would do best.

    • Team RichWorks

      Hai Miss Wiwik! Terima kasih, kami sentiasa ready untuk Cik Puan. Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus rujuk Team Richworks di talian wasap.my/60167136638. Kami sentiasa ready untuk cik puan.

Leave a Reply