- 15/04/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Asas Bisnes, Business Review
Kisah benar!
Sekumpulan perempuan cantik tengah rancang nak start bisnes. Bunyi macam sangat serius perbincangannya, nampak macam nak mula berniaga dengan serius. Nak beli stok banyak-banyak, nak sewa kedai, nak itu, nak ini. Seronok! Kan dah akhir tahun ni, ada bonus dan ada impian nak berniaga. Mulalah plan macam-macam.
Chop!
Baca tips nak mula berniaga dengan serius ni dulu sebelum laburkan duit beli stok bertimbun-timbun.
1) Mulakan dengan apa yang ada di tangan
Jangan labur modal besar sebab kita takda ilmu bisnes, tak kenal lagi pasaran, tak tahu lagi nak pasarkan macam mana. Apa kata start dulu dengan jadi dropship atau agen produk orang lain. Rasa dulu susah senang berniaga. Cari ilmu berniaga dan ilmu pemasaran dan bagi target berapa jualan nak capai. Contoh, target jual 50 botol untuk bulan pertama, 75 botol bulan kedua dan seterusnya.
2) Jangan nak sewa kedai dulu
Cuba dulu berniaga dari rumah atau premis yang tak perlukan bayar sewa dan bil yang tinggi. Kita baru nak berniaga, tak tahu lagi tentang komitmen dan segala. Test sikit-sikit dulu. Rasa dulu duit bisnes dan baru rancang untuk buka kedai.
3) Fokus sangat nak menjual je
Kat mana-mana kita pergi, kita asyik fikir nak menjual je. Penuh bonet kereta dengan produk jualan. Asal jumpa kawan, kita punya aim nak jual. Sampaikan bila kawan jumpa kita pun, mereka lari. Ada perasan tak? Kalau asyik nak menjual, lama kelamaan orang akan bosan. Cuba perbanyakkan kongsi kebaikan produk yang kita ada tu, macam mana produk tu boleh bantu selesaikan masalah pengguna.
4) Tak kutip database
Bila ada orang tanya pasal perniagaan kita, tak kira lah kat mana-mana, jangan tak ambik pula details nama, alamat emel dan nombor telefonnya. Walaupun dia tak beli! Ambik je. Mana tau esok lusa dia akan beli. Ni tak, bila orang tak beli ..menyampah! Tak salah pun nak minta nama dan sekurang-kurangnya nombor telefon. Rekodkannya baik-baik dalam format Excel.
5) Tak tahu nak promosi
Nak berniaga ni, kena tahu teknik promosi. Promosi bukan setakat terjerit-jerit. Banyak lagi cara pemasaran yang perlu belajar. Ramai orang tak tahu nak buat pemasaran, malu pun ada. Eh! Malulah. Tu yang akibatnya semua produk pakai sendiri. Tengok cara peniaga lain promosi barang dan buat pemasaran. Lepas tu, pergi belajar. Baru lah bisnes meletup!
6) Marah kat pesaing
Adat lah bila berniaga ada pesaing. Tengok sahaja instant shawl dua muka! Berapa banyak orang yang menjualnya kat pasaran. Janganlah marah…Belajar dari pesaing dan cuba perbaiki perniagaan kita.
7) Duit bisnes tak tau pergi mana
Bila berniaga, jangan cepat sangat rasa riang gembira bila buat sales. Kena fikir jugak, duit jualan yang kita dapat tu perlu kita gunakan untuk cover kos dan juga untuk beli stok nak kembangkan pasaran. Sabar sikit ye…
Mulakan dengan asingkan duit bisnes. Jangan suka-suka nak guna duit tu beli lipstick, ikan, sayur, kasut dan segala benda. Bila dah buat pengurusan kewangan perniagaan dengan betul, barulah nampak yang anda berniaga dengan serius.
Alhamdulillah..yips yang bermanfaat..terima kasih Richworks❤
Sama-sama . Semoga bermanfaat ilmu yang diterima.
Nice article