- 29/11/2020
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Asas Bisnes, Business Review
Nak mulakan bisnes tak selalunya mudah. Terdapat banyak perkara yang perlu difikirkan dan dititikberatkan dalam membuat sesuatu keputusan. Kadang-kadang tekanan boleh mendorong anda buat keputusan salah yang boleh menjejaskan untuk berjaya.
Untuk anda yang baru nak mula bisnes, atau nak perbetulkan bisnes ke arah yang lebih baik di tahun 2020, anda mesti baca artikel ini untuk elakkan anda buang masa dan kos.
Berikut ialah 7 kesilapan paling mahal yang anda perlu elakkan semasa mulakan perniagaan anda.
1) Buat bisnes seorang diri
Mungkin suatu yang membanggakan apabila anda mampu mencipta bisnes dengan hasil usaha anda sendiri. Tapi anda kena ingat buat bisnes seorang diri boleh memakan diri sebab anda akan ada masa yang sangat terhad untuk uruskan bisnes. Ini boleh menyebabkan anda tidak teliti dan tidak ada peluang untuk tingkatkan potensi diri dan bisnes.
Anda perlu faham, bina bisnes anda ke arah yang lebih jauh, anda perlukan staf (team) yang kuat untuk sama-sama bangunkan bisnes. Cuba anda bayangkan, jika suatu hari anda sakit atau terlepas pandang perkara penting dalam bisnes anda, apa yang akan berlaku dan anda terpaksa menanggung seorang diri? Takkan anda mahu berbisnes dalam tempoh kurang dari 6 bulan?
2) Tidak gandakan perkara betul
Ini kesilapan kebanyakan usahawan atau peniaga. Mereka terlalu sibuk mencari strategi baru hingga abaikan perkara betul dan berjaya yang telah mereka buat. Bila anda sudah jumpa satu strategi atau tindakan yang betul anda sepatutnya buat 10 kali ganda supaya kejayaan anda pun 10 kali ganda. Ingat, dalam mula atau bina bisnes anda tidak boleh tamak. Lakukan tindakan satu persatu, bukan buat semua tindakan tapi tak mendatangkan apa-apa results. Merugikan!
3) Terus menerima pendapat orang lain tanpa selidik!
Untuk anda yang baru mula bisnes, memang digalakkan untuk bertanya dan mendapatkan ilmu dengan orang lain. Tetapi anda perlu buat beberapa penilaian untuk melihat kesesuaian info yang anda dapat itu dengan keadaan bisnes anda. Jika anda tersilap langkah, hala tuju bisnes anda pun tak tahu ke mana. Ingat! Setiap kos kesilapan anda yang kena tanggung bukan mereka. Nak elakkan ini terjadi, tingkatkan ilmu bisnes anda!
4) Terlalu percaya rakan kongsi tanpa melihat results
Ya, tidak dinafikan rakan kongsi bisnes anda semestinya individu yang anda kenali dan rapat dengan anda. Tapi perlu ingat, walau siapa pun mereka, dalam bisnes sebelum anda menerima idea atau cadangan, pastikan anda buat penilaian berdasarkan results atau hasil kerja mereka terlebih dahulu sebelum mempercayai kata-kata mereka. Dan, jangan takut untuk mendapatkan pendapat daripada orang lain dalam organisasi atau syarikat anda.
5) Tidak upgrade diri
Kalau anda sendiri masih dengan cara lama, bagaimana bisnes nak berkembang lebih ke depan berbanding pesaing? Jika anda rasa sales bulanan yang diperoleh sudah cukup tinggi, jangan cepat rasa selesa! Sebab kalau anda masih ada mentaliti ‘cukup lah, dah lah’, anda akan sentiasa berada pada tahap yang sama atau akan jatuh pada bila-bila masa.
6) Elak teknologi baru
Sebagai pemilik perniagaan, teknologi dapat memberikan peluang baru, membantu anda melakukan kerja kami dengan lebih efisien dan membantu menjimatkan kos anda. Teknologi baru mungkin menakutkan, dan memerlukan masa untuk belajar dan memahami, tetapi keengganan untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi boleh memusnahkan perniagaan anda dalam jangka pendek dan jangka panjang.
7) Tidak tahu sasaran pelanggan
Salah satu bahagian penting dari mana-mana kempen pemasaran yang berjaya adalah memahami siapa pelanggan ideal anda. Nak kenal pelanggan, anda perlu buat penyelidikan marketing untuk kenal pasti siapa sasaran bisnes anda, di mana anda boleh cari mereka dan bagaimana mereka akan bertindak balas terhadap aktiviti pemasaran anda.
Setiap orang buat kesilapan. Tapi kuncinya adalah anda sentiasa berhati-hati supaya tidak tersilap langkah dan bekerja secara konsisten untuk membuat keputusan yang bijak dan tepat dalam perniagaan anda. Jika anda boleh lakukannya, dan kekal berdaya tahan apabila anda membuat kesilapan, kejayaan akan berada dalam jangkauan anda.
Baru nak mula niaga.. Sejak pkp saya stop..