6 Prinsip Kejujuran Bisnes Perlu Anda Tahu

Kejujuran

Hampir 99.99% peniaga memiliki brand value yang tersendiri dan masing-masing nak tonjolkan value yang mereka boleh bagi pada masyarakat dan pelanggan mereka. Anda perlu tahu, value tanpa integriti atau kejujuran dalam bisnes tak memberi apa-apa impak positif terhadap perniagaan yang anda sedang jalankan sekarang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, integriti bermaksud kejujuran, ketulusan, keadaan yang sempurna dan utuh. Nak wujudkan kejujuran dalam perniagaan anda? Jujur dengan diri sendiri dulu dalam melakukan apa-apa tindakan.

6 prinsip kejujuran yang anda perlu aplikasi dalam bisnes anda:

1) Kepercayaan

Bukan senang nak meraih kepercayaan orang terutamanya orang yang skeptikal terhadap bisnes anda. Namun, pelanggan akan membeli sekiranya mereka mempunyai kepercayaan terhadap brand anda.

Macam mana nak raih kepercayaan pelanggan? Tunjukkan bukti dan results yang anda telah hasilkan. Kejujuran dan amanah bermula dalam diri anda sendiri dan dalam kalangan pekerja anda.

Sekiranya nilai moral ini dilihat oleh pelanggan anda, mereka secara tidak langsung akan percaya semua bentuk produk dan pemasaran yang anda lakukan.

Kejujuran dan kepercayaan penting untuk memastikan pelanggan dan peniaga mendapat hak masing-masing. Pelanggan dapat produk atau servis yang mereka mahukan dan peniaga pula dapat nilai keuntungan yang nak dicapai.

2) Respect

Nilai hormat menjadi salah satu pengukur kejayaan anda. Semua orang berhak untuk mendapat respect daripada orang lain. Tidak kira dari segi umur, pangkat, jantina, bangsa, agama dan apa-apa sahaja jenis perbezaan. Nak orang hormat anda? Hormat orang di sekeliling anda dulu. 

3) Kualiti

Kualiti juga tergolong dalam prinsip kejujuran. Kualiti ada banyak cabang yang anda perlu titikberatkan. Anda perlu ambil tahu kualiti produk, servis, pemasaran, sistem, operasi dan semua aspek yang berkaitan dengan bisnes anda.

Sekiranya anda mengeluarkan dan menjual barang-barang yang tak berkualiti, hal ini akan menjejaskan usaha membangunkan masyarakat dari segi emosi, mental, moral dan kesihatan.

Sebagai contoh, peniaga yang tiada ‘kejujuran’ akan menggunakan produk tidak berkualiti supaya dapat mengurangkan kos perbelanjaan. Kesan terhadap penipuan ini akan memberi impak kepada pelanggan dan juga kepada syarikat anda.

Sama ada lambat atau cepat, pihak berkuasa dan pelanggan akan tahu tentang kejujuran negatif dari syarikat anda. Lebih menyedihkan, tindakan undang-undang juga akan diambil dan syarikat anda akan rugi.

4) Follow-up

Follow-up adalah salah satu cara untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda. Bersedia untuk menerima apa-apa sahaja feedback yang pelanggan anda berikan. Terima feedback tersebut dengan hati yang terbuka dan terima dengan minda dan hati yang positif.

Apabila anda follow-up pelanggan anda, secara tidak langsung mereka mula mempercayai brand anda dan dah mula merancang untuk repeat order dengan anda. Nak bina kepercayaan sangat susah, tapi dan musnahkan kepercayaan sangat senang. Jaga pelanggan anda dengan integriti diri dan bisnes anda. Kemudian, pelanggan anda yang memberi nilai positif terhadap perniagaan anda.

5) Nilai dan Etika

Setiap syarikat mempunyai struktur perniagaan dan etika pekerjaan dan perniagaan yang perlu dipatuhi. Etika bermaksud pengukuran individu terhadap nilai-nilai moral yang baik atau tidak baik melalui tingkah laku mereka.

Dalam perniagaan, etika diukur dari segi tingkah laku seseorang dalam pengendalian syarikat. Hal ini dapat menentukan sikap dan integriti anda sebagai seorang pekerja atau majikan.

Sekiranya anda tidak mematuhi dan melanggar etika dalam perniagaan, ianya boleh memberi masalah dan keburukan terhadap bisnes anda.

Sebagai contoh, situasi yang kerap berlaku adalah penyelewengan dalam syarikat. Hal ini bukan sahaja memberi kesan terhadap syarikat tapi memberi kesan kepada pekerja dan pelanggan anda.

Apabila masalah ini berlaku, pelanggan tidak akan percaya dengan bisnes anda. Sales anda juga akan jatuh dan akan mengalami banyak lagi hal yang negatif. Kejujuran anda untuk mematuhi nilai dan etika dalam syarikat sangat penting untuk memastikan bisnes anda berjalan lancar dan berjaya.

6) Nak berubah

Dalam organisasi perniagaan, pekerja akan lebih bersemangat sekiranya majikan dan leader menunjukkan nilai positif kepada pekerja. Sekiranya anda inginkan perubahan dalam bisnes, anda perlu mendengar feedback dari pekerja anda dan cuba perbaiki supaya jadi lebih baik.

Feedback yang diberikan boleh berkaitan dengan leadershipattitude, cara bekerja, dan penambahbaikan dalam diri dan bisnes anda. Apabila anda dan pekerja anda bersama-sama melakukan perubahan, bisnes akan menjadi lebih lancar kerana mempunyai matlamat dan tujuan yang sama untuk menjadikan bisnes syarikat anda lebih berjaya.

6 Prinsip Kejujuran Bisnes Yang Perlu Anda Tahu

Kejujuran sangat penting dalam membina bisnes yang berjaya. Kejujuran dalam diri anda yang menentukan kejayaan hidup dan bisnes anda. Semua peniaga boleh nyatakan dan bercakap tentang value yang mereka boleh berikan kepada pelanggan.

Walau bagaimanapun, adakah value tersebut boleh dilaksanakan seperti apa yang telah dijanjikan?

Kejujuran diri dan syarikat sangat penting untuk  membina bisnes yang berjaya kerana boleh mempengaruhi persepsi pelanggan anda sebab mereka yang memberikan nilai terhadap brand anda.



Leave a Reply