4 Perkara Penting Ramai Usahawan Abaikan

Dalam kita membina bisnes yang berjaya, kemungkinan untuk terlepas beberapa perkara yang boleh sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada usaha yang dilakukan itu.

Berikut adalah beberapa perkara penting yang ramai usahawan abaikan dalam perniagaan masing-masing yang mungkin juga bagus untuk anda tahu.

4 perkara penting ramai usahawan abaikan dalam bisnes :

1. Abaikan fokus dan mula jual macam-macam produk.

‘Anda perlu fokus untuk bina jenama sehingga buat jualan mencecah jutaan ringgit.’

Ramai orang mudah hilang fokus. Bila lihat peniaga lain buat produk lain, kita pun nak buat produk itu juga sedangkan produk yang kita ada belum pun kita pasarkan dengan sebaiknya.

2. Abaikan pelanggan

Ramai usahawan mengabaikan pelanggan. Kita perlu ada data pelanggan dan sentiasa ‘membelai’ mereka dengan informasi dan ‘ikat’ mereka dengan tawaran.

Sampai bila anda ingin mencari pelanggan baru setiap masa sedangkan pelanggan sedia ada yang sudah nampak, cuba dan mungkin gembira dengan produk atau servis diberikan boleh dihubungi semula.

3. Abaikan ‘banner’ dan ‘bunting’

Jangan ingat bila anda berniaga online anda tak perlu banner dan bunting. Jika ada bajet, pasang 30 bunting supaya orang tahu tentang perniagaan anda dan tertarik untuk ke laman sosial anda.

4. Abaikan masa untuk diri sendiri.

Ramai usahawan mahu menguruskan perniagaan sendiri dan buat semua perkara seorang diri sehingga tidak ada masa langsung untuk diri sendiri dan keluarga. Cuba cari dan lantik pekerja, latih mereka sebaiknya sehingga dapat buat kerja dengan baik.



1 Comment

Leave a Reply