- 20/12/2020
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Perkembangan Bisnes
Sebagai usahawan dan majikan, anda mesti ada team atau staf yang bekerja dalam syarikat betul? Sama ada sikit ataupun ramai, pasti anda sudah biasa dengan kerenah pekerja. Ada pekerja yang sangat bagus dan komited. Ada juga pekerja yang suka curi tulang dan banyak buang masa. Pernah tak rasa, kadang-kadang itu rasa nak buang je! Tapi tak sampai hati?
Sebagai seorang majikan yang mempunyai leadership yang baik, anda perlu tahu punca dan situasi kerja team! Jangan pentingkan diri sendiri dan tak ambil tahu kebajikan pekerja anda. Sebaliknya, dengar feedback dan pendapat yang team berikan. Mungkin feedback yang diberikan akan menambah baik kualiti brand dan syarikat anda.
Jangan risau! Ada 4 langkah yang boleh anda lakukan untuk bantu team anda supaya jadi lebih baik:
1. Coaching dan mentoring untuk prestasi cemerlang
Asyik complain pekerja tak bersemangat, tak buat kerja dengan betul. Tapi pernah tak dengar pendapat yang mereka berikan? Tidak ada salahnya anda sebagai majikan bertukar pendapat dengan pekerja anda asalkan dapat menambah baik kualiti kerja dalam syarikat. Kadang-kadang, semangat mereka berkurang sebab mereka rasa kerja yang mereka lakukan tidak dihargai.
Untuk melahirkan pekerja yang cemerlang, anda boleh membuat sesi coaching atau mentoring kepada pekerja anda. Sesi coaching tersebut boleh diadakan 2 minggu sekali. Tujuan sesi coaching ini dilakukan supaya idea dan matlamat anda selari dengan hala tuju yang dibawa oleh pekerja anda. Apabila semua orang buat kerja untuk mencapai tujuan sama, anda boleh nampak kekuatan dan masa depan yang bakal dibina bersama team anda.
Pekerja anda perlukan sokongan dan ilmu yang cukup untuk membangunkan syarikat anda supaya lebih maju dan kekal mencapai kejayaan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! Kongsikan ilmu anda bersama pekerja dan supaya sama-sama memberi dan mendapat manfaat.
2. Beri ganjaran untuk pencapaian pekerja anda
Nak grow bisnes, anda perlukan tenaga, masa dan buah fikiran pekerja anda betul? Ada pekerja yang sangat bagus dan komited. Ada juga pekerja yang buat kerja sambil lewa dan tak bersungguh.
Antara cara untuk memberikan semangat untuk pekerja anda adalah dengan memberikan ganjaran kepada pekerja yang mencapai target yang telah ditetapkan.
Ganjaran yang diberikan boleh berbentuk wang tunai, pakej percutian, voucher barang dapur dan macam-macam lagi setimpal dengan hasil usaha mereka. Contribution yang mereka berikan untuk syarikat anda sedikit banyak telah membantu upgrade syarikat anda ke level yang lebih baik.
Secara tidak langsung, mereka akan bersaing secara sihat sesama mereka untuk mendapatkan ganjaran yang diberikan. Walaupun nilai ganjaran yang diberikan sikit, sebenarnya ganjaran yang diberikan boleh mengukir senyuman mereka dan buat mereka hilang rasa stress dan beban bekerja. Lebih banyak manfaat yang kita berikan, lebih banyak ganjaran yang akan kita perolehi.
3. Ambil tahu kebajikan pekerja
Setiap hari pasti dah ada jadual agenda syarikat yang perlu dilakukan. Syarikat yang semakin maju sudah tentu sangat sibuk dan banyak kerja yang perlu dilakukan.
Dalam kesibukan bekerja dan mencapai matlamat syarikat, anda perlu bertimbang rasa dan mengambil tahu kebajikan pekerja anda. Tanpa mereka mungkin syarikat anda tidak akan berkembang dan semua kerja tak dapat dijalankan.
Sediakan kemudahan yang selesa untuk pekerja anda seperti surau, pantry, makanan atau minuman yang boleh mereka makan untuk mendapatkan tenaga, dan macam-macam lagi yang anda boleh berikan supaya mereka bersemangat untuk bekerja. Sekiranya mereka sakit atau ada hal keluarga yang penting, berikan ruang untuk mereka selesaikan keperluan peribadi mereka.
4. Perbaiki komunikasi antara satu sama lain
Communication is key! Tanpa komunikasi yang baik sesama manusia, kita tak akan dapat mencapai kata sepakat. Hal ini juga perlu diterapkan dalam komunikasi kerja anda. Bayangkan semua orang dalam syarikat mempunyai idea yang bercanggah dan masing-masing buat hal sendiri.
Anda rasa, adakah syarikat anda boleh berjaya dan berkembang untuk jangka masa yang lama? Lebih teruk lagi, apabila pelanggan mula nampak dan tahu syarikat anda tidak ada komunikasi dan kualiti kerja yang baik. Pelanggan serta-merta akan sebarkan feedback mereka kepada ramai orang.
Perbaiki komunikasi anda dengan pekerja anda dan cuba untuk bercakap dengan mereka walaupun bukan hal berkaitan dengan kerja. Wujudkan hubungan yang baik dengan pekerja anda walaupun dengan ucapan ‘Selamat Pagi’. Berikan contoh yang baik dan pekerja anda akan mula ikut nilai positif yang anda sebarkan dalam culture syarikat anda.
Menurut MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, bahawa menjadi pemimpin yang bagus, adalah faktor paling penting dalam kejayaan sesebuah bisnes.
Jangan berlengah lagi, jom pacu team dan bisnes anda terus berkembang dengan lebih pantas.