- 14/02/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Pembangunan Peribadi
Ada 3 jenis sikap manusia di dalam diri dan di sekeliling kita yang perlu kita kenal pasti :
1. Sikap “Hero” – Mereka proaktif, mereka menimbangkan sesetiap perkara dengan ilmu dan iman kemudian fokus untuk bertindak untuk capai matlamat mereka.
Mereka percaya bahawa diri mereka bertanggungjawab dengan setiap tindakan mereka selain dari yakin dengan doa dan kuasa-Nya. Mereka kurangkan fokus kepada masalah tetapi fokus cari jalan penyelesaian. Mereka bersedia melakukan apa sahaja yang perlu untuk capai matlamat mereka.
2. Sikap “Biawak” – Ada kisah kenapa kita namakan begini, di mana biawak suka makan bangkai. Sikap biawak adalah dimana mereka yang masanya sangat banyak fokus kepada masalah, alasan, negatif, prasangka buruk, salahkan orang lain dan tidak bertanggungjawab.
Manusia yang suka mengumpat dan bercakap buruk di belakang orang lain dikatakan manusia yang suka makan bangkai atau makan daging saudara mereka sendiri, jadi ada persamaan dengan kebiasaan biawak.
3. Sikap “Siput Babi” – Ada sebab kenapa dipanggil “Siput Babi”. Saya selalu kongsikan satu lawak jenaka di dalam seminar saya tentang Siput Babi. Saya selalu bertanya kenapa Siput Babi bergerak perlahan?
Saya jawab, sebab Siput Babi keliru (confuse) samada dia Siput atau Babi. Dek sebab asyik fikir dan keliru sepanjang hayat dia samada dia siput atau babi, maka bergeraklah dia dengan perlahan-lahan.
Ini gurau sahaja! Gurau pun tak boleh? Mende entah! Jangan jadi umpama Siput Babi. Sikap mereka yang umpama siput babi ni, mereka ni bijak, pandai, CGPA mungkin bagus, tahu segala perkara dalam dunia tetapi tidak berani bertindak!
Tidak berani ke hadapan untuk lead sesuatu perubahan atau perkara. Mereka pilih jadi pengikut dan ikut bodoh-bodoh walaupun yang diikutnya itu mungkin bukan pandai sangat atau betul sangat… Pernah jumpa orang macam tu?
Jadi, ini adalah 3 asas karakter yang ada pada ramai manusia sama ada pada diri kita atau pada orang sekeliling kita.