Shimah Boutique : Tukar Game Ketika PKP, Usahawan Ini Capai RM1 Juta Pertama Dalam Tempoh 8 Bulan

Shimah Boutique : Tukar Game Ketika PKP, Usahawan Ini Capai RM1 Juta Pertama Dalam

Bukan mudah nak membina bisnes yang berjaya jika tak tahu caranya. Anda mungkin akan banyak langgar tembok, buat kesilapan yang boleh menjejaskan bisnes.

Shimah Boutique : Tukar Game Ketika PKP,

Perjalanan pemiliki bisnes Shimah Boutique Sdn. Bhd. (Shimah Boutique), Puan Nurul Aini telah mewarisi bisnes ibunya pada 2016, Puan Norhasimah Ismail yang diusahakan sejak 1995.

Menurut Puan Nurul, bukan mudah ketika beliau ambil alih bisnes tudung/hijab ibunya. Banyak perkara perlu dibuat dan uruskan terutama hutang yang perlu dilunaskan. Apatah lagi bila pandemik COVID-19 merebak, cabaran diharungi bertambah besar.

Beliau juga banyak langgar dinding yang memberi kesan kepada dirinya hingga hari ini malah tak ada perancangan bagi setiap keluaran barunya. Bagaimanapun, beliau kemudian sedar bahawa perlu dibimbing dalam membina bisnes yang berjaya.

Semuanya bermula selepas kenal dengan RichWorks apabila suaminya sendiri memaksa beliau untuk sertai program Nak Ubah Hidup (NUH) 2019 apabila melihat rasa ‘down’ dan masalah emosi yang memberi kesan kepada bisnes.

Dari situ, beliau pula ajak suami untuk sertai program lain dan ambil keputusan menyertai Program MenToring SPIRE bermula Februari 2020.

Beliau sedar bahawa sesuatu tindakan perlu dilakukan dan diubah dalam bisnes yang masih berada di takuk sama dengan kesihatan cash flow yang tidak berapa baik.

Shimah Boutique : Langkah betul diambil ketika PKP

Puan Nurul Aini dapat tukar game bisnes dijalankan dengan pantas. Bisnes yang dulunya menumpukan kepada offline sekitar 80% diubah kepada 80% online.

Penerimaan Shimah Boutique semakin meluas dengan pesanan meningkat dari semasa ke semasa. Mereka telah masuk ke Go Shop disamping menawarkan peluang bisnes melalui dropship.

Dulunya beliau takut untuk ada dropship sebab tak tahu macam mana nak jaga dan menguruskan dengan betul ekoran tiada ilmu berkaitan.

Beliau kini mempunyai growth mindset yang mana sentiasa ingin perbaiki dan jadikan bisnes lebih baik dari sebelumnya.

“Saya sentiasa alert dengan sales setiap hari. Jika sales jatuh, saya terus buat pelan untuk bertindak,” jelasnya.

Hasil tindakan dilakukan selama 8 bulan bersama SPIRE iaitu dari Februari hingga Disember 2020, bisnes Shimah Boutique mencapai jualan RM1 juta pertamanya.

Mahu bina bisnes yang berjaya seperti Puan Nurul Aini? Anda boleh melakukannya dengan ilmu dan bimbingan yang betul daripada MenThor yang telah pun terbukti dapat melahirkan ramai usahawan berjaya.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Orang Berjaya Dia Bersabar

Orang Berjaya Dia Bersabar

Tahukah anda, antara ciri orang berjaya ialah sabar. Mereka bersabarlah yang membuatkan dapat berjaya dalam bisnes malah kehidupannya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi orang