Roadshow T&C

TERMA & SYARAT

  1. PENGANJUR & KELAYAKAN PROGRAM

Roadshow Kibarkan Jalur Gemilang! ini dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah dan berumur 18 tahun dan ke atas.

 

  1. TEMPOH PROGRAM
  • Roadshow ini bermula dari 8 Ogos 2020 hingga 21 Ogos 2020 (“Tempoh Program”).
  • Pihak Penganjur merizabkan hak untuk meminda Tempoh Program pada bila-bila masa, dengan memberi notis awal minimum tujuh hari (7) hari. Semua penyertaan yang diterima diluar Tempoh Penyertaan adalah dianggap terbatal.

 

  1. PENGHANTARAN PENYERTAAN & SYARAT KELAYAKAN
  • Anda mesti mendaftar sebagai ahli Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa penggunaan Maklumat Peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada “cookies” yang anda berikan secara langsung kepada pihak ketiga semasa melawat halaman yang dihoskan oleh anda.
  • Untuk menyertai Program ini, anda perlulah:
    1. “Follow” dan “Like” halaman Instagram dan Faceboook Azizan Osman dan
    2. Kongsikan gambar / moment anda atau video yang berdurasi kurang dari 1 minit secara kreatif bersama Team RichWorks atau ketika Kibarkan Jalur Gemilang.
    3. Setiap caption anda di media sosial mesti ada link richworks.com/imkk dan hastag #BangkitBerniagaBangsaku #IMKKSekaliIni
    4. Tag sebanyak mungkin rakan anda.
    5. Anda juga perlu memastikan profil Instagram dan Facebook anda ditetapkan kepada ”Public”.
    6. Penyertaan dengan bilangan share paling tinggi akan diumum sebagai pemenang untuk Hadiah Utama (“Grand Price”) x 1 unit TV.
    7. Semua langkah di atas mesti dilakukan dalam Tempoh Program.
  • Dengan menyertai Program ini, anda telah membaca dan bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat Program Roadshow Kibarkan Jalur Gemilang!
  • Pemenang Hadiah Utama akan dipilih berdasarkan jumlah bilangan Share yang paling tinggi dan menuruti setiap terma dan syarat lain yang telah ditetapkan.

 

  1. HADIAH
  • Hadiah Utama bagi Program Roadshow Kibarkan Jalur Gemilang! ini adalah 1x TV yang bernilai anggaran RM2000 .
  • Hadiah-hadiah lain adalah berdasarkan cabutan bertuah yang diadakan di setiap lokasi Program Roadshow Kibarkan Jalur Gemilang!

 

  1. PENEBUSAN HADIAH

Hadiah Utama

  • Pemenang Hadiah Utama akan dihubungi melalui Facebook atau Instagram. Pemenang dikehendaki untuk menghantar butiran seperti nama penuh, nombor MyKad, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat emel dan persetujuan terhadap Terma dan Syarat Program melalui “Private Message” di Facebook Azizan Osman Official atau “Direct Message” di Instagram Azizan Osman Official.
  • Pemenang yang gagal menghantar Butiran Peribadi atau memberikan Butiran Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak tepat dalam tempoh lima (5) hari  bekerja daripada tarikh pemakluman pemenang, maka kemenangan akan dibatalkan dan bilangan share yang kedua tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang.

Hadiah-hadiah Lain

  • Pemenang bagi hadiah-hadiah lain boleh ditebus ketika bertemu dengan Team RichWorks di lokasi program yang telah ditetapkan.
  • Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa notis. Semua hadiah yang diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
  • Semua pemenang mesti mematuhi Terma dan Syarat Penganjur bagi Peraduan ini serta Terma dan Syarat yang disertakan dengan hadiah, sekiranya ada.

 

  1. LIABILITI & TANGGUNGJAWAB
  • Anda bertanggungjawab dan menanggung sepenuhnya sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang timbul akibat daripada penyertaan Peserta dalam Peraduan ini.
  • Sebarang kos yang dikeluarkan untuk menyertai Program ini dan/atau menuntut hadiah adalah di bawah tanggungjawab penuh anda sebagai
  • Penganjur juga tidak akan bertanggungjawab terhadap gangguan teknikal yang menghalang mana-mana individu daripada menyertai Program ini.
  • Melainkan dilarang oleh undang-undang, Penganjur secara mutlak boleh menolak sebarang jaminan dalam apa jua bentuk. Penganjur tidak menjamin dan tidak menjanjikan sebarang keputusan tertentu daripada penggunaan Facebook Azizan Osman Official dan Instagram Azizan Osman Official.

 

  1. HAK PENGANJUR
  • Dengan menghantar penyertaan bagi Program ini, anda telah bersetuju dan mengakui bahawa semua hak harta intelektual adalah kepunyaan Penganjur. Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, menyunting, mengubah dan menerbitkan penyertaan yang dikemukakan oleh semua Peserta, menyiarkan nama-nama Peserta, dalam apa-apa cara yang difikirkannya patut bagi sebarang iklan, tujuan promosi dan untuk apa-apa tujuan, tanpa sebarang notis kepada anda dan Peserta tidak boleh menuntut hak milik atau apa-apa bayaran atau pampasan untuk bahan tersebut. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, bahan yang dikemukakan tidak akan disunting untuk tujuan pemilihan pemenang.
  • Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Program ini sekiranya ia tidak dapat berjalan seperti yang dirancang atas sebarang sebab termasuk gangguan atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer, pepijat, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan Penganjur, walaupun selepas segala usaha terbaik Penganjur dilakukan.
  • Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penghantaran penyertaan Program, operasi Program ini atau melanggar Terma dan Syarat Program. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang Penganjur percayai telah melaksanakan aktiviti penipuan atau lain-lain aktiviti negatif berkait dengan Program ini.
  1. TERMA & SYARAT LAIN
  • Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Peraduan
  • Sebarang perubahan, penambahan, pembatalan atau pindaan kepada Terma dan Syarat ini adalah sah dan mengikat Peserta dengan memberi notis awal minimum tujuh (7) hari.

 

  1. KANDUNGAN YANG DILARANG

Berikut adalah sebahagian daripada senarai kandungan yang diharamkan atau dilarang untuk dipaparkan di Facebook Azizan Osman Official atau Instagram Azizan Osman Official. Sebarang kandungan oleh anda seperti ini boleh, mengikut budi bicara mutlak Penganjur, menyebabkan kehilangan kelayakan penyertaan.

Di samping itu, pihak Penganjur mempunyai hak untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang sesuai, mengikut budi bicara mutlaknya, terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan ini, termasuk tanpa had, memadam serta-merta apa-apa kandungan yang melanggar peruntukan berkenaan dan melaporkan kesalahan tersebut kepada pihak berkuasa undang-undang yang berkenaan.

Kandungan yang dilarang adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan atas budi bicara mutlak pihak Penganjur;

  • Melanggar tatacara masyarakat di dalam talian, seperti kandungan yang menggalakkan perlakuan perkauman, politik atau agenda agama, keganasan, bahasa yang tidak baik, ketaksuban, kebencian atau kecederaan fizikal di dalam apa jua bentuk terhadap mana-mana kumpulan atau individu;
  • Termasuk bahan-bahan yang menyindir/menyinggung perasaan terhadap mana-mana amalan agama dan/atau produk pesaing RichWorks di dalam apa jua medium;
  • Mengganggu atau menyebabkan gangguan kepada orang lain;
  • Melibatkan diri di dalam penghantaran “junk mail”, surat berantai, “spam” dan sebagainya;
  • Mengandungi sebarang maklumat yang Peserta itu tahu adalah palsu atau mengelirukan, menggalakkan aktiviti haram atau kelakuan yang tidak elok, atau mengancam, berunsur lucah, fitnah, atau sepertinya;
  • Sebarang salinan tidak sah atau hak cipta orang lain, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, program-program komputer cetak rompak atau pautan kepadanya, atau sebarang media lain;
  • Memaparkan imej lucah atau bahan seksual di dalam sebarang bentuk;
  • Mengandungi bahan yang mengeksploitasikan orang lain dengan cara seksual atau ganas;
  • Menyediakan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti haram seperti membuat atau membeli senjata haram, mengganggu kehidupan peribadi seseorang, atau membekalkan / mencipta virus komputer;
  • Sebarang penulisan berunsur negatif yang tidak termasuk atau dinyatakan secara terperinci di atas.

 

  1. DATA PERIBADI

10.1 Dengan menyertai Program ini, anda dengan ini bersetuju memberikan keizinan kepada RichWorks dan/atau syarikat berkenaan dengannya, untuk menggunakan Data Peribadi dan Butiran Penyertaan seperti yang diberikan kepada Penganjur untuk tujuan Program ini.

10.2 Anda mempunyai hak pada bila-bila masa untuk;

  • Menarik balik kebenaran yang diberikan untuk menggunakan Data Peribadi dengan menghantar emel ke admin@richworks.com;
  • Meminta apa-apa pembetulan dilakukan / mengemaskini Data Peribadi;
  • Bertanyakan sebarang pertanyaan mengenai penggunaan Data Peribadi dengan menghubungi RichWorks melalui “Private Message” di Facebook Azizan Osman & RichWorks dan/ atau “Direct Message” di Instagram Azizan Osman Official.

SEBARANG PERTANYAAN