Radz Mohd

Radz Mohd, Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International

Radz Mohd merupakan seorang bekas Pengarah Jualan di salah sebuah syarikat korporat di Malaysia sebelum memulakan kariernya di RichWorks International Sdn Bhd.

Di RichWorks, beliau telah mengetuai beberapa jabatan seperti Sales, Khidmat Pelanggan, Komuniti RichWorks dan Media Sosial selain Pentadbiran.

Beliau juga merupakan seorang HRDF Certified Trainer dan OKR Certified Practitioner. Kepakaran beliau dalam aspek komunikasi juga telah membuka peluang untuk beliau menjadi Energizer, Host, Moderator dan Speaker bagi program-program yang dianjurkan oleh RichWorks seperti B.E.S.T, S.P.E.A.K, Workshop Kuasai Social Media, Your 1st Million Summit dan Bina Bisnes Berjaya.

Radz Mohd juga merupakan seorang usahawan, Entrepreneur yang berpengalaman dalam membina bisnes dari Zero To Million bersama isteri hasil dari ilmu dan didikan MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman & RichWorks International.

Kini setelah 5 tahun setia berkhidmat bersama RichWorks, beliau merupakan ketua yang mengetuai Team RichWorks dalam Senior Leadership Team dan menyandang jawatan sebagai Timbalan Naib Presiden Kanan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu mengemudi RichWorks International bersama-sama Team Pengurusan Atasan. Beliau kini sedang melanjutkan pembelajaran MBA dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).