Dulu Suka-Suka Saja Buat Bisnes, Tapi Puan Siti Zulhijjah Bangkit Untuk Ubah Hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Dulu Suka-Suka Saja Buat Bisnes, Tapi Puan Siti Zulhijjah Bangkit Untuk Ubah Hidup

Inilah kisah perjalanan bisnes Master Stokis Eng’s Popcorn, Puan Siti Zulhijjah Haron yang sebelum ini ada kerja tetap sebagai kerani sekolah namun duit hanya cukup makan hinggakan tak mampu berikan duit belanja kepada maknya.

Pinjam duit daripada mak pula. Malah ada satu ketika beliau hanya ada RM30 dalam poket saja untuk survive. Walaupun ada buat bisnes bermacam produk namun hanya suka-suka dan main buat tanpa belajar.

Kemudian Puan Siti mula nekad untuk ubah keadaan hidupnya selepas kejadian di mana mak mertua dimasukkan ke hospital namun beliau dan suami terpaksa buat pertimbangan sebab duit cukup-cukup dengan duit minyak dan tol diperlukan untuk balik kampung.

Walau bagaimanapun, beliau dan suami tetap balik kampung untuk menziarah ibu mertua yang tidak sihat ketika itu. Bermula dari situlah, selepas pulang semula ke Johor, Puan Siti mula berbisnes dengan serius.

“Saya tak nak dikata perabis bers, saya nak ubah kehidupan diri dan keluarga,” luahnya ketika sesi Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Your 1st Million Summit baru-baru ini.

Dan beliau diperkenalkan dengan Eng’s Popcorn, bermula hanya sebagai dropship dan daripada 1 balang ke beberapa balang, puluhan balang, ratusan dan ribuan balang.

“Saya share dengan kawan-kawan di pejabat dari situ, mula ada permintaan tiap-tiap hari sepanjang 2018. Alhamdulillah dari 2018 sebagai dropship ditawarkan jadi ejen pada tahun sama. Dan selepas itu jadi stokis pada 2019.

Bagaimanapun, ketika itu beliau bisnes tanpa ilmu bimbingan dan hala tuju yang jelas. Menurutnya, beliau berniaga dengan niat hanya untuk restock barang yang habis dijual.

Perubahan besar dalam hidup Puan Siti Zulhijjah

Dalam keadaan tanpa ilmu dan bimbingan itu, Puan Siti Zulhijjah mula berubah hasil ‘paksaan’ Founder Eng’s Popcorn, Tuan Mohamad Shazarul yang minta dia pergi belajar untuk upgrade ilmu dan sertai kelas.

Founder beliau menaja Puan Siti tiket untuk menghadiri program Nak Ubah Hidup (NUH).

“Satu tiket (NUH) yang mengubah segala-galanya. Saya disekolahkan dan ‘disembahyangkan’ kata Foundernya. Di situ saya baru tahu pentingnya ilmu dalam bisnes.” ujarnya.

Mulalah perjalanannya bersama RichWorks untuk mendapatkan ilmu dan bimbingan. Puan Siti telah menyertai SPIRE pada Februari 2020 yang merupakan langkah tepat di mana pandemik melanda hingga sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada 18 Mac 2020.

Bayangkan kebimbangan dihadapi beliau selepas stok popcorn baru saja sampai pada 17 Mac, sehari sebelum PKP yang menutup semua sektor ekonomi kecuali ‘essential‘.

Bagaimana nak menjualnya, namun bimbingan dalam SPIRE merupakan proses perjalanan yang sangat best meskipun ketika keadaan yang mencabar. Beliau tak ada masa untuk down lama-lama, sebab sentiasa ada kelas, bimbingan untuk terus buat tindakan agar membantu lebih ramai orang yang susah di luar sana.

Pencapaian Puan Siti Zulhijjah

Dalam masa 5 bulan saja selepas menerima bimbingan di SPIRE, beliau capai RM1.2 juta pertama pada Jun 2020 ketika PKP 1.0. Apa lagi menarik, jualan sepanjang 2020 mencecah RM3.1 juta. Sales beliau setakat Februari pada 2021 ini pula sudah capai RM811,234.

Beliau juga memilih untuk upgrade ilmu lagi ke tahap lebih tinggi dengan menyertai Titanium circle pada Ogos 2020.

Malah beliau sudah ada kedai – PopCorn House sendiri bagi kemudahan #TeamMademGegar yang mana dapat lahirkan Master Stokis, Stokis, Ejen dan dropship yang dapat menjana pendapatan masing-masing.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

2 Comments

    1. 203.106.81.165 In reply to Wanie othman.
      Assalamualaikum hai CiK Puan Wanie Othman boleh terus berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan kami untuk penerangan lanjut wasap.my/60167136638.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

7 Tips Hasilkan eBook

7 Tips Hasilkan eBook

Mesti anda tertanya-tanya apabila anda buka Blog atau page seseorang di laman web, akan keluar ‘pop up’ yang meminta anda mengisi maklumat seperti nama dan

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

Seronok berniaga secara online? Senang dan mudah untuk dilakukan terutama bagi mereka yang baru berniaga. Tapi tahukah anda ada beberapa kesilapan yang selalu peniaga lakukan