Pian Gadget : Tak Pernah Terfikir Langsung Untuk Capai RM1 Juta!

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Pian Gadget : Tak Pernah Terfikir Langsung Untuk Capai Sejuta!

Bekas IT Engineer untuk sebuah syarikat minyak, pernah kerja di KLCC. Pilih karier sebagai usahawan gadget!

Mindset dulu yang menganggap untuk mulakan perniagaan perlukan wang yang banyak dan platform yang gah! Semua itu tidak betul sama sekali. Baginya, itu hanyalah mitos yang tidak benar.

“Dalam tempoh 3 tahun tu buat macam-macam bisnes tapi tak stabil dan tak jadi. Saya pun berhenti kerja dan buat bisnes sepenuh masa dengan isteri.”

Tuan Ammar Asyraf yang merupakan Founder Pian Gadget

Pernah berniaga macam-macam benda antaranya baju dan jual burger di tepi jalan. Pada ketika itu matlamatnya hanya untuk mencari duit perbelanjaan.

“Hinggalah pada satu masa, urat kaki isterinya putus akibat kuat bekerja.”

Masa itu beliau sedar, sebenarnya isterinya yang buat bisnes. Tuan Ammar Asyraf yang merupakan Founder Pian Gadget baharu sedar, beliau sekadar tukang angkat barang saja. Tidak tahu langsung cara untuk uruskan bisnes.

Perjalanan Pian Gadget

Imbau kembali semasa permulaan Pian Gadget, Tuan Ammar bersama rakannya hanya mula berniaga dari rumah. Sales pada ketika itu cuma RM300 sebulan!

Tidak pernah sangka yang kini beliau mampu usahakan sebuah bisnes menyediakan komputer riba mampu milik dan berkualiti kepada para usahawan dan pelajar.

Berkat bersama dengan MenThor Datuk Wira Dr. Azizan Osman, daripada mula berniaga dari rumah pada 2018 kini sudah mampu memiliki 3 buah cawangan antaranya di Sungai Petani, Kulim dan Klebang.

Awal 2019 menjadi turning point nasib hidup saya bila Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks buat kelas secara percuma, kelas Zero Kos Marketing.

“Saya terus pergi sebab nak belajar dan buang perasaan skeptikal tepi sebab benda percuma, why not try dulu.”

“Alhamdullillah, saya terus apply MMM sebab saya rasa saya amat perlukan ilmu. Dalam proses ni bisnes makin naik dan maju. Saya teruskan invest untuk ilmu.”

Beliau sangat gembira apabila berada di kalangan usahawan dalam RichWorks. Kedainya semakin dikenali orang ramai hinggakan ada orang panggil bisnesnya sebagai “kedai viral jual laptop.

Alhamdullillah,sekarang beliau dan isteri di TITANIUM Circle dan membina perniagaan masing-masing. Rupa-rupanya baru beliau sedari bahawa dirinya merupakan batu penghalang buat isterinya selama ni.

Alhamdullillah, isterinya sekarang sudah buat lebih dari sejuta sebulan dan Tuan Ammar pula makin ada improvement dalam bisnes.

Bagi beliau bila ada MenThor yang betul, bimbingan yang betul dan circle yang betul, kita akan dapat menuju kejayaan dengan lebih cepat. Tanpa bimbingan dan ilmu yang betul, kita tidak tahu bagaimana untuk gerakkan bisnes.

Beliau pegang pada kata-kata Datuk Wira Dr Azizan Osman “Kalau nak daki Gunung Kinabalu, kena ikut tour guide. Kalau panjat seorang diri akan lambat sampai.” Itulah ibaratnya kita berguru.

Pencapaian Tuan Ammar Asyraf & Pian Gadget

Mampu menggajikan team seramai 20 orang. Mencapai RM1 juta pertama selepas sertai program Mentorship SPIRE pada Mei 2020. Kemudiannya mengambil keputusan untuk duduk di bawah bimbingan program TITANIUM Circle sekaligus membuatkan beliau berjaya mencipta jualan sebanyak
RM4.7 juta pada tahun 2020.

Setakat Februari 2021 saja, Tuan Ammar berjaya capai jualan sebanyak RM1.7 juta.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

7 Tips Hasilkan eBook

7 Tips Hasilkan eBook

Mesti anda tertanya-tanya apabila anda buka Blog atau page seseorang di laman web, akan keluar ‘pop up’ yang meminta anda mengisi maklumat seperti nama dan

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

Seronok berniaga secara online? Senang dan mudah untuk dilakukan terutama bagi mereka yang baru berniaga. Tapi tahukah anda ada beberapa kesilapan yang selalu peniaga lakukan