PEKERJA HANYA 8 ORANG SAHAJA DAH BUAT JUALAN RM18.3 JUTA

Minat usahawan ini dengan dunia kecantikan pada awalnya secara suka-suka telah menjurus beliau untuk berkongsi petua kecantikan menerusi platform Live di Facebook. Katanya, dari situ pengikutnya semakin bertambah dan beliau yakin perniagaan berasaskan kecantikan mempunyai potensi luas untuk berkembang.

“Pada awalnya Madammu hanya berkongsi minat secara Live di Facebook tanpa ada niat untuk memulakan perniagaan ini. Selepas lakukan Live secara konsisten dan followers meningkat dari 300 orang di Facebook bertambah ke 80 ribu dalam masa kurang 2 bulan, Madammu buat keputusan untuk mulakan Noir,” jelas Eriyca.

Tergiang-giang di telinga Eriyca kata-kata MenThornya Datuk Wira Dr Azizan Osman, “Bila buat Facebok Live jangan kira berapa orang yang tengok, kira berapa kerap live you tu boleh bantu ramai orang”. Alhamdulillah, keberkatan sikap suka berkongsi Eriyca mendorong para pengikutnya di Facebook tertarik untuk menonton Live beliau setiap hari.

Ketika diajukan soalan apakah perkara yang paling membanggakan selepas perniagaannya berjaya, jawab beliau, ketika lahirnya stokis jutawan jenama Noir dengan pendapatan RM1.8 juta sebulan. Kejayaan itu dianggap tidak ternilai kerana asbab kewujudan produk keluarannya mampu mengubah hidup seseorang.

Eriyca Baiduri atau mesra dipanggil Madammu ini turut membantu 3,000 orang ejen dan 120 orang stokisnya untuk menambah pendapatan. Lebih-lebih lagi suri rumah yang berusaha membantu ekonomi keluarga. Usaha Eriyca bukanlah demi wang semata tetapi memberi peluang kepada para wanita untuk menjana pendapatan sendiri.

Tahun 2019 melakar sejarah apabila jenama Noir mencatat jualan sehingga RM18.3 juta berbanding tahun sebelumnya RM3.3 juta dan RM300 ribu pada tahun 2017. Akui Eriyca kejayaan ini mungkin tak dapat dikecapi jika tidak dibimbing oleh MenThor yang betul. Tambah menarik, bisnesnya lahir tanpa sengaja dengan hanya bermula dengan strategi zero kos marketing!

Kesan mengikuti program RichWorks, melalui ilmu dan pengisiannya telah membantu Eriyca memperbaiki leadership untuk memimpin organisasi Noir dengan baik. Yang paling berharga, pandangannya dalam perniagaan jauh berubah dan lebih jelas.

Dulu produk pertama keluaran Noir adalah sunblock sebanyak 500 unit sahaja. Tapi kini dah terpampang 100 unit billboard Noir di seluruh Malaysia. Selain itu, iklan Noir kian rancak bersiaran di kaca televisyen. Eriyca semakin yakin dengan bimbingan secara dekat dari Datuk Wira Dr Azizan Osman bisnes beliau akan meningkat dan mencapai sasaran bisnes pada tahun 2020.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

7 Kesilapan Bisnes Online Dari Rumah

7 Kesilapan Bisnes Online Dari Rumah

Ramai orang buat bisnes online. Ramai yang berjaya buat income besar-besaran, tapi yang sedihnya ramai juga yang gagal berikutan tiada ilmu dan strategi yang betul