Noir : Madammu Bermula Dari Live Facebook, Kini Catat Jualan RM32 Juta

Noir Madammu Bermula Dari Facebook, Kini Catat Jualan RM32 Juta

Minat usahawan ini dengan dunia kecantikan pada awalnya secara suka-suka telah menjurus beliau untuk berkongsi petua kecantikan menerusi platform Live di Facebook.

Noir : Madammu Bermula Dari Live Facebook, Kini Catat Jualan RM32 Juta

Menurut Founder dan Ketua Pegawai Eksekutif Noir Health and Beauty Sdn Bhd, Eriyca Baiduri atau dikenali sebagai Madammu, dari situ pengikutnya semakin bertambah dan beliau yakin perniagaan berasaskan kecantikan mempunyai potensi luas untuk berkembang.

Perjalanan Noir

“Pada awalnya Madammu hanya berkongsi minat secara Live di Facebook tanpa ada niat untuk memulakan perniagaan ini. Selepas lakukan Live secara konsisten dan followers meningkat dari 300 orang di Facebook bertambah ke 80 ribu dalam masa kurang 2 bulan, Madammu buat keputusan untuk mulakan Noir.”

Puan Eriyca Baiduri

Tergiang-giang di telinga Eriyca kata-kata MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman, “Bila buat Facebok Live jangan kira berapa orang yang tengok, kira berapa kerap live you tu boleh bantu ramai orang”.

Alhamdulillah, keberkatan sikap suka berkongsi Madammu mendorong pengikutnya di Facebook tertarik untuk menonton Live beliau setiap hari. Sehingga hari ini, Madammu masih melakukan Live hingga dapat menarik minat orang untuk follow dan menjadi sebahagian daripada team Noir.

Ketika diajukan soalan apakah perkara yang paling membanggakan selepas perniagaannya berjaya, jawab beliau, ketika lahirnya stokis jutawan jenama Noir dengan pendapatan RM1.8 juta sebulan.

Kejayaan itu dianggap tidak ternilai kerana asbab kewujudan produk keluarannya mampu mengubah hidup seseorang. Eriyca turut membantu ribuan ejen dan stokisnya untuk menambah pendapatan.

Lebih-lebih lagi bagi suri rumah yang berusaha membantu ekonomi keluarga. Usaha Eriyca bukanlah demi wang semata tetapi memberi peluang kepada para wanita untuk menjana pendapatan sendiri.

Pencapaian Noir

Noir : Madammu Bermula Dari Live Facebook, Kini Catat Jualan RM32 Juta

Tahun 2019 melakar sejarah apabila jenama Noir mencatat jualan sehingga RM18.3 juta berbanding tahun sebelumnya RM3.3 juta dan RM300 ribu pada tahun 2017.

Tidak berhenti di situ, ketika dunia dilanda pandemik yang menjejaskan semua orang pada tahun lalu, Noir berjaya mencatatkan kejayaan luar biasa.

Pada 2020, Noir sudah pun mempunyai 21 orang staf dengan 10,000 ejen malah jualan pada 2020 mencecah RM32 juta.

Bahkan, Noir juga menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam kategori kesihatan & kecantikan dan The BrandLaureate Awards untuk The World’s First SME’s BestBrands e-Branding Award 2020 kategori Skincare & Cosmetics Solutions.

Pengiktirafan berprestif itu memberikan motivasi kepada semua warga Noir untuk buat yang terbaik dengan memberikan khidmat kepada pelanggan-pelanggan.

Pada 2019, Noir telah berjaya merangkul Anugerah “Best Premium Skincare” dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) pada 2019 dan disenaraikan sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2019 yang mana resipi kejayaan ini adalah gandingan kerjasama pasukan yang konsisten serta komitmen.

Akui Eriyca kejayaan ini mungkin tak dapat dikecapi jika tidak dibimbing oleh MenThor yang betul. Tambah menarik, bisnesnya lahir tanpa sengaja dengan hanya bermula dengan strategi zero kos marketing!

Kesan mengikuti program mentoring Titanium, melalui ilmu dan pengisiannya telah membantu Eriyca memperbaiki leadership untuk memimpin organisasi Noir dengan baik. Yang paling berharga, pandangannya dalam perniagaan jauh berubah dan lebih jelas.

Dulu produk pertama keluaran Noir adalah sunblock sebanyak 500 unit sahaja. Tapi kini dah terpampang 100 unit billboard Noir di seluruh Malaysia. Selain itu, iklan Noir kian rancak bersiaran di kaca televisyen.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kita Buang Masa Bila…

Kita Buang Masa Bila…

Ya benarlah kata pepatah, masa itu emas. Kita akan buang masa bila… 1/ Kita buang masa bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesama kita;

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Kerja berpasukan yang hebat dapat memberikan impak positif kepada bisnes anda. Ia dapat membuatkan kerja-kerja team dapat berjalan dengan lancar bagi mencapai sasaran dan matlamat