Konvokesyen Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan
DOCTORATE IN BUSINESS ADMINISTRATION (DBA)‚Äč
Tahniah kami ucapkan kepada Dr. Azizan Osman!

Hasratnya hanya satu, ingin melahirkan seramai-ramainya anak bangsa yang bergelar usahawan jutawan. Usahanya bersama RichWorks selama 11 tahun ini telah membuahkan hasil namun bagi beliau perjalanan masih panjang, masih ramai yang perlu dibantu di luar sana.

0001

Impian beliau untuk membantu lebih ramai insan yang mahu ubah hidup dan perbaiki tahap kewangan melalui perniagaan yang berjaya supaya ekonomi anak bangsa terus meningkat dan lebih ramai yang boleh dibantu.

Hari ini kami di RichWorks mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Azizan Osman di atas kejayan menamatkan pengajian dalam bidang:

Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan Doctorate in Business Administration (DBA) VU School of Management Switzerland

Kejayaan ini bukan satu noktah, tetapi satu permulaan untuk lebih banyak kejayaan di masa hadapan, dan lebih banyak manfaat yang akan diberikan dalam melahirkan anak didik usahawan jutawan.

Tahniah Dr Azizan!

Program - Program RichWorks Akan datang