Nasrul Hadi

Nasrul Hadi, Chartered Accountant (Malaysia)

Nasrul Hadi adalah seorang Akauntan Kanan di Richworks Group of Companies. Memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun melibatkan perkhidmatan perundingan perakaunan, audit, percukaian dan sumber manusia kepada pelanggan dalam pelbagai industri, dengan tumpuan kepada aspek pematuhan dan perihal pengurusan perniagaan.

Beliau merupakan seorang pakar di dalam pengkhususan Pengurusan Tunai, Perakaunan & Percukaian untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Beliau kini sedang membina kerjayanya sebagai penceramah dan konsultan tentang amalan terbaik di dalam bidang perakaunan, percukaian dan pengurusan perniagaan.

Antara para pelanggan dan peserta program yang pernah meraih manfaat hasil daripada tunjuk ajar dan konsultasi yang dikongsikan oleh beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pemilik perniagaan, Pengurus kanan, Akauntan, Eksekutif dan lain-lain.

Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan merupakan seorang Akauntan Bertauliah melalui Malaysian Institute of Accountants (MIA). Beliau juga kini sedang di dalam proses mendapatkan keahlian profesional melalui Association of Certified Chartered Accountants (ACCA), U.K.