Meranti : Bekas Juruteknik, Pilih RichWorks Bagi Tingkatkan Bisnes Selepas 8 Tahun Beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Sebelum ini, Tuan Zulkifli Ahmad merupakan seorang bekas juruteknik elektrik namun ambil keputusan untuk menjalankan bisnes sebagai sumber pendapatan utamanya.

Minat beliau untuk bisnes sudah ada sejak kecil lagi apabila mengikuti keluarganya berniaga di pasar malam.

Kini beliau merupakan Pemilik Meranti Maju Asa Enterprise (Meranti) yang menjalankan perniagaan berasaskan kelapa iaitu kerisik dan santan jenama Meranti yang sudah pun beroperasi sekitar 8 tahun.

Dulunya ketika bermula tiada MenThor menyebabkan menempuh pelbagai cabaran dan turun naiknya bagaimanapun semua berubah selepas sertai program RichWorks – Nak Ubah Hidup pada Januari 2020.

Dari situ, beliau terus ambil keputusan dengan menyertai Mentorship SPIRE sebab sedar perlukan MenThor untuk bimnbingnya dan banyak kesilapan yang perlu diperbaiki bagi bina bisnes yang berjaya.

RichWorks dipilih kerana sudah terbukti melahirkan ramai bangsa usahawan yang berjaya, elmu yang sentiasa update dan paling penting bukan saja fokus kekayaan di dunia malah akhirat juga,

Seperti selalu ditekankan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman agar bangsa usahawan menjadi mereka yang lebih beri manfaat kepada orang lain.

3 perkara betul dilakukan Tuan Zulkifli :

  1. Masuk belajar tambah elmu
  2. Berada dalam circle Richworks yang sentiasa positif
  3. Sertai Mentorship SPIRE

Hasilnya, jika sebelum ini beliau melakukan bisnes tanpa mengambil gaji malah ‘merompak’ bisnes sendiri. Kini dengan ilmu dan bimbingan beliau sudah mengambil gaji sendiri.

Bahkan mampu upah staf daripada 4 orang menjadi 8 orang disamping memberikan wang kepada mak setiap bulan sebanyak RM1,500. Bukan itu saja, dari jualan juga Meranti berjaya capai RM726,433 pada tahun lalu.

“Lebih jelas dan fokus apa nak capai, bila terasa down cepat-cepat baca wins circle & bertanya apa benda betul mereka buat. Syukur pentingnya berada dalam circle ini,”

Tuan Zulkifli

Pesan beliau lagi, untuk berjaya bisnes mahupun bidang lain, kena buang ego dan jangan rasa diri dah pandai. Malah pergilah belajar dari orang yang sudah berjaya dan diikuti tindakan serta trust the process yang ada.

Jangan lupa jaga hubungan dengan Allah SWT dan bertawakal kepada-Nya, disamping menjaga orang di sekeliling kita terutama mak ayah.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Anda mahir menggunakan Facebook untuk tujuan peribadi anda? Mengapa tidak buat duit dengan bisnes melalui Facebook? Anda boleh menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran sepenuh masa