Sampai Bila Nak ‘Stuck’ Di Tahap Sama Dalam Perniagaan?

Siapa sahaja tak mahu impian jadi kenyataan?

Lebih-lebih lagi sesuatu yang dapat dikongsi dengan insan tersayang.

Dapat bantu tingkatkan kehidupan keluarga, bawa mak ayah ke umrah atau haji, sediakan anak-anak dengan hidup lebih selesa dan berbagai-bagai lagi.

Pada masa sama, anda lihat bangsa usahawan yang lain perniagaan mereka semakin maju dan mencanak naik tak kira apa sekali pun melanda, PKP mahu pun banjir, perniagaan yang dijalankan tetap mampu meraih jualan yang memberangsangkan.

Namun ada yang masih berdepan dengan situasi stuck, bertahun-tahun pada tahap sama, team tak cukup, tak tahu nak rekrut staf, staf asyik keluar masuk je, tak ada keyakinan untuk grow, tak yakin mampu bangkit. Adakah anda mengalami situasi yang sama?

Jika anda berdepan masalah yang sama.. saya faham perasaan itu, apa yang anda alami saya juga pernah melaluinya.

Termenung juga saya masa tu, fikir apa nak buat. Saya rasa saya dah buat macam-macam dah, tapi tak berhasil juga.

Tak apa, itu pengalaman dan pengajaran, nak berjaya mesti trust the process.

Jangan sia-siakan keberanian anda sebagai bangsa usahawan. Bukan semua orang ada keberanian seperti anda untuk mulakan langkah pertama!

Anda juga sebenarnya mampu melalui proses metamorforsis, seperti seekor beluncas jadi rama-rama cantik! Alhamdulillah, hari ini bukan saya sahaja malah ramai lagi yang telah berjaya bina bisnes mereka.

Daripada bisnes suram kepada bisnes berjaya yang dapat terus memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana.

Semuanya bermula dengan diri sendiri dulu. Pilihan kita! 

Ambil masa sekejap jika anda SERIUS & KOMITED nakkan perubahan, lihat di mana tahap perniagaan anda. Tanya diri anda :

“Adakah perniagaan saya sedang berada pada landasan yang betul atau tidak?”

Terima Kasih,

Hafiz Jasmi

Vice President – SBU Mentorship
Head of Mentorship Program