Lightcube Studio : Exit Plan Pegawai Bank, Nekad Ambil VSS Untuk Bina Bisnes Yang Berjaya

Lightcube Studio : Exit Plan Pegawai Bank, Nekad Ambil VSS Untuk Bina Bisnes Yang Berjaya

Sebelum ini, Tuan Mas Amir Abiddun Saie yang merupakan Founder Lightcube Studio Sdn Bhd merupakan seorang pegawai bank selama 16 tahun.

Ketika bekerja dengan gaji yang agak besar, beliau rasa tidak puas dengan memikirkan masa depan apabila sudah pencen nanti.

“Sebagai pekerja bank atau syarikat swasta, kami cuma ada savings di KWSP unutk hari tua nanti. Walaupun ada beratus ribu simpanan dalam KWSP, jumlah itu akan habis dalam masa yang sekejap saja,” katanya.

Sebab itulah beliau mula fikir exit plan bagi persediaan masa tuanya nanti. Ketika itu beliau baru saja berusia 30 tahun.

Justeru itu, beliau mula bina bisnes meskipun ketika sibuk bekerja sebagai pegawai bank. Duit gaji yang ada digunakan untuk membeli peralatan dengan waktu cuti dan hujung minggu digunakan untuk bina branding dan mencari job bagi bisnes produksi video.

Pada 2019, beliau ambil keputusan besar untuk mengambil VSS dan bermulalah perjalannya sebagai usahawan sepenuh masa.

Perjalanan Lightcube Studio

Daripada hobi ambil gambar dan video, Tuan Mas Amir menjadikannya sebagai bisnes dan menjana pendapatan lebih baik lagi.

“Alhamdulillah, saya hampir berjaya capai impian tersebut (ada bisnes sendiri dan bersedia pelan pencen) pada umur 38 tahun.”

Ketika ini, beliau sedang memperkukuhkan struktur dan business model untuk pastikan ianya dapat bertahan dan mapan hingga ke hari tua.

Beliau kemudian bersama RichWorks dengan sertai Mentorship SPIRE kerana perlukan bimbingan dan yakin RichWorks yang mempunyai proven results melahirkan usahawan berjaya.

Dalam SPIRE, beliau belajar banyak benda dan antata perkara best yang diperolehi adalah ilmu pengurusan bisnes, marketing. Bukan itu saja, circle yang positif dengan networking lebih besar yang mana ia sangat mahal dan susah nak jumpa.

“The energy & positivity itu adalah something yang saya rasa sangat mahal bila berada dalam SPIRE.”

Pencapaian Lightcube Studio

Kini Tuan Mas Amir mampu tersenyum bangga apabila impian beliau yang ingin melihat namanya terpapar pada skrin televisyen telah pun menjadi kenyataan.

Pada 2019 jualan beliau sekitar RM104,000 setahun dengan bantuan keluarga dan rakan terdekat sahaja namun tahun lalu selepas sertai Mentorship SPIRE jualan meningkat kepada RM564,000.

Apa yang lagi menariknya pada awal tahun 2021 Januari, beliau berjaya capai RM117,000 melebihi jumlah jualan pada sepanjang 2019.

Bukan itu sahaja beliau kini telah mempunyai 13 orang kru, memiliki bilik pejabat dan studio yang selesa untuk menjalankan operasi.

Pesanan Tuan Mas Amir kepada usahawan di luar sana yang serius nak bina bisnes berjaya agar buang ego dan jangan anggap kita tahu semua benda.

“Belajar lagi, dapatkan guidance meskipun ada orang yang pelan nak buat business cara aku sendiri. Tapi kalau buat betul-betul, berniaga ini sangat gila lain dari apa yang apa yang kita imagine.”

“Tak ada orang yang lahir terus pandai berniaga. Tak ada orang yang lahir terus ada leadership yang kuat. Tak ada orang yang lahir terus pandai communicate dengan orang.”

Tuan Mas Amir

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kita Buang Masa Bila…

Kita Buang Masa Bila…

Ya benarlah kata pepatah, masa itu emas. Kita akan buang masa bila… 1/ Kita buang masa bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesama kita;

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Kerja berpasukan yang hebat dapat memberikan impak positif kepada bisnes anda. Ia dapat membuatkan kerja-kerja team dapat berjalan dengan lancar bagi mencapai sasaran dan matlamat