KHITA : Tak Mudah Ketika Krisis, Perubahan Dibuat Hingga Capai RM1 Juta Pertama 2020

KHITA : Tak Mudah Ketika Krisis, Perubahan Dibuat Hingga Capai RM1 Juta Pertama 2020

“Ya. Saya memang akui bukannya mudah dalam situasi sekarang (krisis pandemik) tetapi saya sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi sukar ini dengan ilmu yang mantap dipelajari dengan Richworks”

Pemilik Khita Holding Sdn Bhd, Puan Noorul Mashita Mohamed Isa

KHITA berjaya mengharungi tempoh sukar pada tahun lalu, selepas dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19 hingga menjejaskan ramai orang termasuk bangsa usahawan di luar sana.

Tindakan betul dan tepat dilakukan Puan Mashita apabila membuat keputusan dan menyertai Program Mentoring SPIRE pada Februari pada tahun lalu selepas bisnes itu yang dimulakan secara separuh masa sejak 2009.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, beliau telah berada di dalam Mentorship SPIRE. Menurutnya, terlalu banyak benda yang saya lakukan sejak mula belajar dalam SPIRE.

Jelasnya, dulu sebelum belajar banyak kesilapan dilakukan dan kini hampir majoriti masalah dapat diselesaikan.

“Kini saya dah tak perlu risau sekiranya PKP berlaku sekali lagi. InsyaAllah saya sudah faham dan tahu Strategy Marketing yang harus dilakukan seperti yang dipelajari dalam kelas dan program mentoring.”

3 perkara penting antara yang dipelajari dan dilakukan KHITA :

  1. Memperbetulkan soal kepimpinan dengan mempunyai struktur yang tersusan dan jelas. KHITA sudah ada pengurus yang mana key leader bagi setiap jabatan perlu melaporkan kepadanya. Justeru itu, Puan Noorul dapat beri tumpuan lebih kepada soal sales & marketing dan mencari job besar lain.
  2. Menaikkan Brand Awareness dan story kepada semua orang. Logo KHITA yang baru dilancarkan yang sangat simbolik.
  3. Perubahan drastik dalam membina empayar business online pada tahun lepas.

Perjalanan KHITA

Jenama KHITA datangnya daripada gabungan nama Puan Noorul dan suami iaitu Khirulfazal & Mashita. Logo hijau membawa maksud kehidupan yang terus-terus memberi manfaat kepada kehidupan yang lain iaitu manusia sekeliling.

Kepakaran KHITA yang menghasilkan sulaman berkomputer dan pembekal baju korporat utama di negeri Johor. Selepas beliau menyertai Mentorship SPIRE, setiap hari dapat dengar perkongsian daripada kenalan circle SPIRE yang sangat luar biasa bersama kejayaan mereka.

Ini yang buatkan Puan Mashita lebih terbakar dengan semangat yang berkobar kobar dan mahu jadi seperti mereka juga dalam masa yang singkat, bukan hanya angan-angan mat jenin tanpa berusaha dan tanpa ilmu.

Alhamdulillah, kurang dari satu tahun bersama RichWorks di SPIRE beliau berjaya capai RM1 Juta pertama.

“Memang sukar nak capai sekiranya tiada ilmu bisnes yang betul-betul mantap. Saya capai 1 juta pertama pada December 2020.”

“Saya perlukan masa setahun sahaja untuk belajar dan terus buat perubahan demi perubahan. Bisnes yang dahulunya hanya sebuah Enterprise kini sudah dinaik taraf menjadi Syarikat Khita Holding Sdn Bhd,” jelasnya.

Target Puan Mashita untuk 5 tahun dari sekarang agar KHITA berjaya mencapai jualan RM50 juta setahun dan dapat memiliki sebuah kilang printing & sulam.

Siapa sangka, bisnes yang dulunya terkejar-kejar nak buat, terpaksa curi masa pada malam selepas habis waktu bekerja, kini membuahkan hasil yang lumayan.

Buat usahawan di luar sana

Puan Mashitah melihat bahawa kunci paling penting untuk bina bisnes yang berjaya dengan perlunya ada jati diri yang betul, mindset yang betul, sentiasa berada dalam circle bisnes positif dan berkawan rapat dengan orang-orang yang lebih hebat serta berjaya daripada kita.

Orangg yang berniaga sentiasa perlu ada satu kekuatan diri yang sangat teguh seperti MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman pernah menceritakan kisah atlit dunia yang tidak henti berlatih untuk menjadi yang terbaik dan menang dalam pertandingan tidak buat seorang diri sebaliknya ada jurulatih di belakangnya.

“Tak kisah orang kata macam-macam pasal kita, yang penting satu hari orang akan nampak kejayaan dan akan start following serta trust kita,” ujarnya lagi.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kita Buang Masa Bila…

Kita Buang Masa Bila…

Ya benarlah kata pepatah, masa itu emas. Kita akan buang masa bila… 1/ Kita buang masa bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesama kita;

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Kerja berpasukan yang hebat dapat memberikan impak positif kepada bisnes anda. Ia dapat membuatkan kerja-kerja team dapat berjalan dengan lancar bagi mencapai sasaran dan matlamat