Hanya Jual Produk Orang Lain, Kini Boleh Capai Jualan Hingga RM4.4 Juta

Hanya Jual Produk Orang Lain, Kini Boleh Capai Jualan Hingga Jutaan Ringgit

Ketika baru mula berniaga pada 2017, usahawan wanita ini hanya dapat mencapai jualan sekitar RM20,000 saja.

Namun pada tahun lalu, meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan, jualan beliau meroket naik hingga RM4.4 juta sepanjang tahun lalu.

Apakah tindakan yang dilakukan Associate Executive Partner (AEP) Faith Fleur, Puan Jueliner Winnie hingga mencapai kejayaan luar biasa ini? Beliau bukannya Founder ye!

Rahsia Jualan Jutaan Ringgit

Ianya merupakan hasil komitmen beliau menuntut ilmu dari semasa ke semasa dan mendapatkan bimbingan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

“Dapat ilmu je terus praktis dengan team…”

Puan Winnie
[‘]

Inilah rahsia kejayaan Puan Winnie yang sentiasa komited dengan ilmu dan terus mula tindakan. Dapat je bimbingan terus dari rumah melalui Zoom Online setiap minggu, tanpa perlu masuk kelas Live.

Lepas terima ilmu baru, beliau terus praktik bersama team, tak ada istilah buang masa bagi beliau.

Sebelum terlibat dengan bidang bisnes, beliau hanyalah seorang student sepenuh masa. Teringat dulu masa nak mula-mula sambung belajar ibunya yang banyak keluarkan duit sehingga terpaksa meminjam demi pelajarannya.

Disebabkan nak balas jasa ibunya, Puan Winnie bekerja part time sebagai cashier dan waiter. Bagi Puan Winnie, beliau bersyukur diberikan peluang untuk sambung belajar walaupun meminjam kerana pada 2018, beliau berjaya menjadi graduan.

Dengan izin Tuhan, Winnie bertemu dengan Faith Fleur dan mula menjadi ejen sehinggalah dinaikkan pangkat menjadi seorang AEP bagi syarikat tersebut.

Beliau memulakan journey menimba ilmu dan bimbingan bersama RichWorks dalam program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 2017.

Bermula dari situ, dari semasa ke semasa beliau tambah ilmu seperti program MMM, pasal cash flow hingga Mentoring SPIRE yang disertai pada Februari 2019.

Dalam SPIRE, dengan circle yang baik beliau belajar untuk beri manfaat pada ramai orang dan besarkan impian. Circle ini sangat membantu hampir setiap hari (ada perkongsian dan results wins mereka). Kemudian pada bulan 11 saya ditawarkan menyertai Titanium kerana pada bulan Oktober lalu, sales sudah pun cecah RM3 juta.

Jualan Produk Faith Fleur

Pada mulanya, beliau tak yakin untuk sertai Titanium dengan hanya jual produk orang lain. Namun selepas Founder Faith Fleur bertanya dan memberikan dorongan kepadanya, kini Puan Winnie sudah pun menyertai circle Titanium dalam RichWorks.

Siapa kata usahawan yang jual produk orang lain tak boleh berjaya, capai jualan berjuta-juta?

Bagaimana berdepan PKP?

Beliau mengakui ketika PKP pertama, ia macam kejutan budaya yang mana tak pernah dilalui sebelum ini.

Pergerakan yang terbatas, soal penghantaran barang, bekalan produk dan sebagainya antara cabaran yang menjadi detik cemas ketika itu.

“Nasib baik masa itu saya sudah menyertai SPIRE malah mendapat sales RM1 juta ketika PKP,” katanya.

Pada tahun ini, PKP 2.0 yang sedang berjalan tidak begitu mendatangkan kebimbangan sebab pernah dilalui pada tahun lalu.

“Ada kala kita buat silap juga, tapi bila ada circle dan mentoring, dapat tahu lebih jelas mana silapnya dan mana perlu diperbaiki.”

Kini beliau masih belajar dan dibimbing agar dapat bina bisnes yang berjaya.

Belajar ilmu berkaitan bisnes ini tak berhenti kerana lain tahap, lain cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan berkenaan.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

RichWorks Memartabatkan Usahawan Wanita

RichWorks Memartabatkan Usahawan Wanita

RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks International) komited dalam memberikan value atau nilai kepada bangsa usahawan termasuk golongan wanita sejak 2008 lagi. Lebih 1.1 juta orang

Mula Pupuk 12 Sikap Orang Berjaya

Mula Pupuk 12 Sikap Orang Berjaya

Pernah terfikir, apa yang menyebabkan seseorang itu berjaya?  Apa bezanya mereka dengan orang yang kurang atau tidak berjaya?  Cuba fikir, mereka yang ternama yang telah