{"id":1029,"date":"2023-08-21T04:36:12","date_gmt":"2023-08-20T20:36:12","guid":{"rendered":"https:\/\/richworks.com\/inspired\/?post_type=mags&#038;p=1029"},"modified":"2023-09-12T17:04:28","modified_gmt":"2023-09-12T09:04:28","slug":"bil-14","status":"publish","type":"mags","link":"https:\/\/richworks.com\/inspired\/mags\/bil-14\/","title":{"rendered":"BIL 14"},"content":{"rendered":"\n<p>Pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang perakaunan tidak menjamin bisnes yang dilakukan boleh berjaya<\/p>\n\n\n\n<p>Perniagaan ini tidak akan boleh berjalan dengan baik jika tiada pemikiran yang betul, tingkah laku dan tindakan yang berterusan tanpa kenal erti putus asa.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah yang dihadapi oleh Ketua Pegawai Eksekutif ZAMZAM Corporate Services Sdn. Bhd., Nor Zam Zam Ibrahim pada 15 tahun dulu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi itu berlaku apabila beliau melakukan bisnes yang bukan mengikut kepakaran yang dimiliki.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerniaga tidak ada ilmu, \u2018syok\u2019 sendiri hingga berhutang ratusan ribu ringgit dengan kesilapan demi kesilapan dilakukan menjadi sejarah hitam dalam hidup saya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSampaikan rumah hampir dilelong. Ketika itu anak telefon saya beritahu rumah yang dihuni hendak dilelong dan terpaksa mencari rumah kedai tingkat atas untuk disewa,\u201d imbaunya lagi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Waktu itu, nama beliau disenarai hitamkan dan nama bekas suami sebagai penjamin juga terpalit sama hingga mereka berpisah selepas itu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWaktu itu memang ibarat nak lemas di tengah lautan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya kerja dan buat bermacam-macam bisnes sambilan seperti insurans tapi tiada kebebasan masa dan kewangan. Dalam hati ini sebenarnya sudah takut nak buat bisnes,\u201d ujarnya.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"featured_media":1026,"parent":0,"menu_order":0,"template":"","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":""},"class_list":["post-1029","mags","type-mags","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/inspired\/wp-json\/wp\/v2\/mags\/1029"}],"collection":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/inspired\/wp-json\/wp\/v2\/mags"}],"about":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/inspired\/wp-json\/wp\/v2\/types\/mags"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/richworks.com\/inspired\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1026"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/richworks.com\/inspired\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1029"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}