by | Nov 27, 2023

BERMULA SECARA SUKA-SUKA, KINI MENJADI KERJAYA

Daripada niat sekadar mahu cuba-cuba, tiba-tiba jadi serius pula! Begitulah perjalanan karier Dr. Rohaizu Roslan yang merupakan pengasas R&R Authentics Sdn. Bhd. dalam bidang keusahawanan sebagai seorang pembeli peribadi (personal shopper).

Pada awalnya beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara sambilan sementara menunggu pekerjaan tetap setelah menamatkan pengajian.

Namun, selepas melihat perkembangan dalam bisnes yang dijalankan, beliau mengambil keputusan untuk memberi 100% fokus terhadapnya.

“Nak cakap kerana minat, tak adalah sangat. Tapi, bila kita sudah ‘terjebak’, kita akan mula memberi sepenuh tumpuan kepadanya. Makin lama kita jadi makin sibuk pula.

“Ini mungkin disebabkan doa ibu saya kerana dalam adik-beradik, sayalah yang paling jarang ada di rumah. Jadi, lepas habis belajar, saya fikir kalau boleh saya mahu duduk di Melaka iaitu kampung halaman saya.

“Waktu itu fikir ‘konon-konon’ nak buat bisnes ini dalam tempoh dua bulan saja.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lama

BIL 21

BIL 21

Memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran selepas menamatkan pengajian di Akademi TV3, beliau kini boleh berbangga apabila produk kudapan hasil air tangannya iaitu brownies kian mendapat tempat di hati pencinta manisan tersebut. “Setelah beberapa tahun...

BIL 20

BIL 20

Kehadiran pandemik benar-benar telah mengubah kebanyakan landskap perniagaan yang dimiliki usahawan pada masa kini. Seperti Nur Sheraida Alimadi (Sheraida) yang merupakan pengasas kepada Cocodoki International Sdn. Bhd., beliau pada asalnya melibatkan diri dalam...

BIL18

BIL18

Biarpun sudah mempunyai pengalaman lebih sepuluh tahun dalam dunia perniagaan, Nurul Shafikah Mohd Razali ataupun lebih mesra disapa sebagai Madam Nurul tidak malu untuk bangkit dan bermula semula biarpun diuji dengan penyakit hyperthyroid dan overstress ketika musim...