by | Nov 3, 2023

KESAKITAN BUKAN PENGAKHIRAN

Biarpun sudah mempunyai pengalaman lebih sepuluh tahun dalam dunia perniagaan, Nurul Shafikah Mohd Razali ataupun lebih mesra disapa sebagai Madam Nurul tidak malu untuk bangkit dan bermula semula biarpun diuji dengan penyakit hyperthyroid dan overstress ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun yang lalu.

Keadaan tersebut benar-benar menjejaskan kehidupannya hingga beliau hilang fokus dan terpaksa menyerahkan perniagaan yang diusahakan kepada adiknya pada waktu itu.

“Ketika sakit itu saya rasa sudah gagal dan inilah pengakhiran hidup saya. Rasa mengalah, down dan most of the time saya habiskan masa saya dengan tidur. Saya tak nak bangun.

“Saya cuma cakap dengan suami supaya jangan kejut saya. Saya bangun untuk solat, kemudian saya akan tidur balik sebab kalau terus berjaga saya akan stres. Banyak sangat perkara yang akan saya fikirkan.

“Bayangkan, kalau saya masak saya akan lupa untuk tutup api. Saya rasa macam kenapa teruknya aku ni? Kenapa sampai macam itu sekali? Semua ini membuatkan saya rasa sangat stres dan mahu terus tidur sahaja. Sampailah satu tahap suami saya cakap ‘sampai bila awak nak terus begini? Awak ada tapi saya rasa macam awak tiada.’ Dia kata begitu kepada saya,” kongsinya.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lama

BIL 21

BIL 21

Memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran selepas menamatkan pengajian di Akademi TV3, beliau kini boleh berbangga apabila produk kudapan hasil air tangannya iaitu brownies kian mendapat tempat di hati pencinta manisan tersebut. “Setelah beberapa tahun...

BIL 20

BIL 20

Kehadiran pandemik benar-benar telah mengubah kebanyakan landskap perniagaan yang dimiliki usahawan pada masa kini. Seperti Nur Sheraida Alimadi (Sheraida) yang merupakan pengasas kepada Cocodoki International Sdn. Bhd., beliau pada asalnya melibatkan diri dalam...

BIL19

BIL19

Daripada niat sekadar mahu cuba-cuba, tiba-tiba jadi serius pula! Begitulah perjalanan karier Dr. Rohaizu Roslan yang merupakan pengasas R&R Authentics Sdn. Bhd. dalam bidang keusahawanan sebagai seorang pembeli peribadi (personal shopper). Pada awalnya beliau...