Bukan sahaja nak berjaya dalam perniagaan, malah beliau turut nak orang lain berjaya dalam mendapatkan kerjaya impian.
Anak sulung kepada empat beradik ini telah memulakan perniagaan sejak tahun 2018. Beliau tidak dilahirkan dalam keluarga yang senang, ayahnya adalah seorang pemandu lori dan ibunya pula hanya seorang suri rumah.
Walau bagaimanapun, kedua ibu bapanya sangat mementingkan pembelajaran anak-anak. Lebih-lebih lagi ibunya yang tak mahu beliau hanya duduk dalam satu golongan di kampung sahaja.