Bermula dengan bisnes di rumah setelah berhenti kerja, siapa sangka kini Aisyah Jafri sudah memiliki perniagaan fesyen yang terkemuka di Batu Pahat, Johor iaitu Aysha Zandra.
Menurut pemilik Aysha Zandra Trading ini, beliau memulakan perniagaan pada tahun 2013 dengan menjual pelbagai jenis produk termasuklah kek dan sebagainya.
“Serius, memang macam-macam yang saya lakukan pada waktu itu. Sampailah pada tahun 2014, arwah abang saya memberi cadangan untuk menyewa kedai.
“Saya mula menyewa dan beroperasi di kedai pada tahun 2015 sehinggalah premis tersebut dirobohkan pada tahun 2019. Waktu itu memang saya rasa sangat sedih dan kecewa apabila tempat saya mencari rezeki dirobohkan di depan mata.