by | Oct 13, 2023

USAHA BAYAR HUTANG MELALUI CENDOL

Bermula di pondok buruk, siapa sangka perniagaan cendol tepi jalan yang diusahakan oleh Mohd Faizal Irman (Faizal) ini berkembang maju hingga berjaya membuka dua cawangan kafe di Limbang dan Miri, Sarawak.

Menariknya, pengasas Tremendous Cafe ini pada awalnya memulakan bisnes bukan kerana minat tetapi disebabkan keterpaksaan bagi melunaskan hutang-hutang yang dimilikinya.

“Waktu itu saya perlu beli lampin bayi dan juga susu untuk dua orang anak saya yang masih kecil. Jadi, saya perlu berniaga untuk menambah pendapatan. Saya pun mula menjual cendol di tepi jalan dengan modal sebanyak RM200 pada waktu itu.

“Saya gunakan segala kelengkapan daripada orang tua saya. Di samping itu, saya juga turut menjual jam, kasut dan termasuklah buku Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Dari situlah sebenarnya saya belajar bagaimana hendak mulakan perniagaan sebelum menyertai Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Millionaire Marketing Mastery (MMM) di Sabah,” kongsi anak jati Sarawak ini.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lama

BIL 21

BIL 21

Memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran selepas menamatkan pengajian di Akademi TV3, beliau kini boleh berbangga apabila produk kudapan hasil air tangannya iaitu brownies kian mendapat tempat di hati pencinta manisan tersebut. “Setelah beberapa tahun...

BIL 20

BIL 20

Kehadiran pandemik benar-benar telah mengubah kebanyakan landskap perniagaan yang dimiliki usahawan pada masa kini. Seperti Nur Sheraida Alimadi (Sheraida) yang merupakan pengasas kepada Cocodoki International Sdn. Bhd., beliau pada asalnya melibatkan diri dalam...

BIL19

BIL19

Daripada niat sekadar mahu cuba-cuba, tiba-tiba jadi serius pula! Begitulah perjalanan karier Dr. Rohaizu Roslan yang merupakan pengasas R&R Authentics Sdn. Bhd. dalam bidang keusahawanan sebagai seorang pembeli peribadi (personal shopper). Pada awalnya beliau...