Bagaimanapun, Ahmad Firdaus mewarisi AMJ Technique Sdn. Bhd. yang ditubuhkan oleh abang sulungnya pada 2015.
“Selepas lima tahun ditubuhkan, abang buat keputusan untuk memberi ruang kepada saya untuk meneruskan legasi syarikat ini.
“Sekarang ini saya sendiri yang menerajui AMJ dan dipantau oleh abang sulung,” kongsi Ahmad Firdaus memulakan bicara.
DITIPU LEBIH TIGA KALI
Adat berniaga ada cabaran. Setakat lapan
tahun menjalankan perniagaan, Ahmad
Firdaus pernah ditipu oleh pihak yang
mengambil kesempatan.
“Bukan sekali dua, tapi sudah lebih tiga kali. Bila kita buat projek, sepatutnya duit seiring dengan progress. Tapi progress 10% , duit sudah pergi 50%.
“Bila sampai masuk kerja 40%, sub kontraktor bagi tahu tak nak buat. Sedangkan duit dah ambil lebih. Nak tak nak kita terpaksa cari orang lain, tambah duit untuk bayar pada kontraktor lain dan bayaran terdahulu hangus,” jelasnya
Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF