by | Jul 23, 2023

JUAL MOTOR RXZ KESAYANGAN BAYAR YURAN PEMBELAJARAN

Bisnes burger tepi jalan salah satu perniagaan yang popular di negara kita. Siapa sangka bermula dari gerai burger yang kecil, berkembang kepada restoran dan cawangan lain. Namun, kejayaan itu tidak datang sekelip mata tanpa pengorbanan dan kesungguhan yang dilakukan oleh Syafikah Ed Masvera dan suami tercinta.

TAK SOKONG SUAMI 

Syafikah yang bertugas sebagai jururawat pada awalnya tidak menyokong perniagaan yang dijalankan suami kerana suaminya pemegang Ijazah Sarjana Muda. 

“Saya tengok dari jauh, untung dapat dalam RM200, RM100 dan kadang-kadang kurang daripada jumlah itu. 

“Saya cakap dengan dia, pergilah kerja. Kerja ada duit, setiap bulan ada gaji,” katanya kepada suami yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan. 

Namun, suaminya nekad untuk meneruskan perniagaan dan mengajak Syafikah ke program Nak Ubah Hidup (NUH) pada 2019. 

“NUH masa itu kami dah tiga tahun berkahwin, sebagai seorang isteri kita perlu restu apa yang suami kita buat. Mungkin itu yang suami kita minat. Dalam rumah tangga pun kita kena betulkan alignment. 

“Benda betul yang kami buat, betulkan aligment suami isteri. Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman cakap nak buat bisnes kena betulkan alignment,” jelasnya.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lama

BIL 21

BIL 21

Memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran selepas menamatkan pengajian di Akademi TV3, beliau kini boleh berbangga apabila produk kudapan hasil air tangannya iaitu brownies kian mendapat tempat di hati pencinta manisan tersebut. “Setelah beberapa tahun...

BIL 20

BIL 20

Kehadiran pandemik benar-benar telah mengubah kebanyakan landskap perniagaan yang dimiliki usahawan pada masa kini. Seperti Nur Sheraida Alimadi (Sheraida) yang merupakan pengasas kepada Cocodoki International Sdn. Bhd., beliau pada asalnya melibatkan diri dalam...

BIL19

BIL19

Daripada niat sekadar mahu cuba-cuba, tiba-tiba jadi serius pula! Begitulah perjalanan karier Dr. Rohaizu Roslan yang merupakan pengasas R&R Authentics Sdn. Bhd. dalam bidang keusahawanan sebagai seorang pembeli peribadi (personal shopper). Pada awalnya beliau...