by | Jul 2, 2023

30 TAHUN BERKHIDMAT DALAM KERAJAAN, TRANSFORMASI JADI USAHAWAN

Secara rasminya, pemilik syarikat Soffa Prima itu pencen pada 31 Disember 2022 untuk fokus dalam bidang perniagaan.  

“Saya sebenarnya ada cita-cita nak jadi usahawan sejak  dari muda lagi. Saya pernah menjalankan perniagaan kraftangan seperti pokok bonsai.

“Pada 2014 juga, saya ada buat penternakan ikan dalam sangkar secara sambilan sebelum beralih kepada menternak haiwan ruminan,” kongsinya. 

Selama tiga tahun lebih, beliau mengusahakan haiwan ternakan yang mana cabarannya sangat hebat dan dalam masa sama Sofiuddin masih bekerja. 

“Baru saya sedar, rupa-rupanya menjalankan penternakan memerlukan komitmen tinggi dan perlu dilakukan sepenuh masa. Bagi saya kena ada bersama ‘jiwa’ dengan haiwan penternakan itu, setiap hari kena ada di kandang contohnya. 

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lama

Bil 24

Bil 24

“Bukan dilahirkan tidak pandai, tapi saya baru sedar yang waktu sekolah dulu saya selalu main-main. Jadi, saya terus tanamkan azam bahawa aku kena berjaya dalam hidup walaupun aku gagal dekat sekolah. Begitulah ceritanya. “Mulanya saya berniaga dengan isteri tercinta...

Bil 23

Bil 23

Bermula dengan bisnes di rumah setelah berhenti kerja, siapa sangka kini Aisyah Jafri sudah memiliki perniagaan fesyen yang terkemuka di Batu Pahat, Johor iaitu Aysha Zandra. Menurut pemilik Aysha Zandra Trading ini, beliau memulakan perniagaan pada tahun 2013 dengan...

Bil 22

Bil 22

“Kisahnya bermula apabila bekas majikan menyarankan saya untuk ambil alih salah satu cawangan yang dimiliki di Sungai Buloh, Selangor. Kiranya dia jual kepada saya. Itulah titik tolak saya bermula dalam dunia perniagaan. “Waktu mula-mula rasa mudah sebab semua benda...