Secara rasminya, pemilik syarikat Soffa Prima itu pencen pada 31 Disember 2022 untuk fokus dalam bidang perniagaan.
“Saya sebenarnya ada cita-cita nak jadi usahawan sejak dari muda lagi. Saya pernah menjalankan perniagaan kraftangan seperti pokok bonsai.
“Pada 2014 juga, saya ada buat penternakan ikan dalam sangkar secara sambilan sebelum beralih kepada menternak haiwan ruminan,” kongsinya.
Selama tiga tahun lebih, beliau mengusahakan haiwan ternakan yang mana cabarannya sangat hebat dan dalam masa sama Sofiuddin masih bekerja.
“Baru saya sedar, rupa-rupanya menjalankan penternakan memerlukan komitmen tinggi dan perlu dilakukan sepenuh masa. Bagi saya kena ada bersama ‘jiwa’ dengan haiwan penternakan itu, setiap hari kena ada di kandang contohnya.