Apabila perniagaan berkembang pesat, perniagaan ini diperbadankan sebagai Igloo Holding Sdn Bhd. pada 2019. Syarikat ini membekalkan daging lembu dan kambing tempatan. Turut menawarkan produk sejuk beku seperti lembu, kambing, ayam, puyuh dan makanan laut yang dijual secara runcit serta borong kepada semua peniaga di sekitar Pulau Pinang.
Pengarah urusan, Igloo Holding Sdn. Bhd., Nurfathiah Hassan berkongsi cabaran menjalankan perniagaan ini. Siapa sanggup untuk bekerja seawal jam 6.30 pagi?
Itu antara cabaran yang dihadapi Nurfathiah untuk mencari pekerja yang komited. “Di pasar itu kita kena cari pekerja yang boleh potong daging dan boleh datang seawal 6.30 pagi. Perkara itu memang mencabar.
“Pekerja keluar masuk. Mula-mula ingat sebab isu gaji, bila tawarkan gaji tinggi pun sama juga,” katanya.