by | Mar 27, 2023

DARIPADA AKAUNTAN KE PENTERNAK ITIK

Mempunyai matlamat dan cita-cita besar dalam hidup membuatkan Hasni Ahmad, 27, tekad mengubah laluan hidup dengan mengejar impiannya untuk menjadi seorang jutawan berjaya.

Mengusahakan syarikat pembinaan rumah di Kuala Terengganu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah kepada Anjung Impian Development Sdn. Bhd. ini pernah berkhidmat sebagai seorang akauntan di Kuantan, Pahang selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan mulakan perniagaan.

Pada mulanya, beliau memulakan perusahaan dalam industri penternakan itik dan ladangnya dengan purata pengeluaran 1,500 ke 2,000 biji telur sehari.

“Memang banyak, muka pun dah macam telur dah. Namun, segalanya mulai berubah setelah kemunculan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya hanya merasai kemanisannya selama enam bulan sahaja.

“Stok telur terlalu banyak dan kita tak boleh menyimpannya. Kutipan telur lebih kurang 30,000 ke 60,000 biji tak boleh dipasarkan. Waktu itu memang sangat stres sebab pelaburan besar telah dikeluarkan untuk projek ini.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lama

BIL18

BIL18

Biarpun sudah mempunyai pengalaman lebih sepuluh tahun dalam dunia perniagaan, Nurul Shafikah Mohd Razali ataupun lebih mesra disapa sebagai Madam Nurul tidak malu untuk bangkit dan bermula semula biarpun diuji dengan penyakit hyperthyroid dan overstress ketika musim...

BIL 17

BIL 17

Bermula di pondok buruk, siapa sangka perniagaan cendol tepi jalan yang diusahakan oleh Mohd Faizal Irman (Faizal) ini berkembang maju hingga berjaya membuka dua cawangan kafe di Limbang dan Miri, Sarawak. Menariknya, pengasas Tremendous Cafe ini pada awalnya...

BIL 16

BIL 16

“Dulu ada sikit pengalaman berniaga kedai makan namun tak ke mana. Kemudian, saya mula kerja dengan majikan lama di Uptown dekat Sungai Petani pada 2018.  “Tapi ketika itu saya sudah berkahwin namun kewangan agak mencabar untuk menyara keluarga dan bermula...