by | Feb 21, 2023

SUKA-SUKA AKHIRNYA JATUH CINTA

Jatuh cinta terhadap dunia perniagaan sejak dari dahulu membuatkan Hamzee Kopli tekad mengusahakan perniagaan automotifnya sendiri iaitu RHM Garage.

Perniagaan yang pada mulanya dilakukan secara suka-suka pada 2008 kini berkembang maju hingga beliau berjaya membuka showroom sendiri.

“Pada awalnya saya bermula secara dalam talian di mudah.my. Daripada suka-suka, ia mula menjadi suatu perkara utama dalam hidup saya.

“Dahulu saya melakukannya secara sambilan sahaja memandangkan saya ada kerjaya tetap dalam pasukan beruniform.

“Pada 2017 saya mulai memasang angan[1]angan untuk memiliki showroom dan pasukan sendiri. Tak sangka saya berjaya mencapainya pada 2019,” katanya.

Namun begitu, disebabkan masih hijau dalam industri ini, beliau mulai keliru dan buntu tentang tindakan wajar yang patut dilakukannya.

Pada awalnya saya bermula secara dalam talian di mudah.my. Daripada suka-suka, ia mula menjadi  suatu perkara utama dalam hidup saya.

“Memang ada cabaran tersendiri apabila kita mahu bina bisnes ini. Yelah, kalau dulu saya bergerak sendiri seperti runner sahaja. Ambil barang, jual dan untungnya juga berlipat kali ganda.

“Kini, permainannya sudah berbeza. Tapi, saya teruskan sahaja niat untuk membuka showroom. Sudah setup semua tapi kedai kosong saja. Apa benda nak meniaga?

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lama

BIL 21

BIL 21

Memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran selepas menamatkan pengajian di Akademi TV3, beliau kini boleh berbangga apabila produk kudapan hasil air tangannya iaitu brownies kian mendapat tempat di hati pencinta manisan tersebut. “Setelah beberapa tahun...

BIL 20

BIL 20

Kehadiran pandemik benar-benar telah mengubah kebanyakan landskap perniagaan yang dimiliki usahawan pada masa kini. Seperti Nur Sheraida Alimadi (Sheraida) yang merupakan pengasas kepada Cocodoki International Sdn. Bhd., beliau pada asalnya melibatkan diri dalam...

BIL19

BIL19

Daripada niat sekadar mahu cuba-cuba, tiba-tiba jadi serius pula! Begitulah perjalanan karier Dr. Rohaizu Roslan yang merupakan pengasas R&R Authentics Sdn. Bhd. dalam bidang keusahawanan sebagai seorang pembeli peribadi (personal shopper). Pada awalnya beliau...