Anak dah masuk satu tahun tapi masih belum boleh bertutur, tiada perkataan yang keluar daripada mulut si comel. Situasi itu membuatkan ibu bapa gusar dengan perkembangan anak mereka.
Namun, masalah itu boleh diatasi dengan rawatan dan kaedah yang betul. Perniagaan adalah untuk menyelesaikan masalah, di mana ada masalah di situ ada peluang.
Pengasas Talk Empire Sdn. Bhd., Aishah Kassim mempunyai kelulusan dalam bidang patologis pertuturan bahasa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil peluang itu.
“Saya tamat pengajian pada 2006, bidang kesihatan patologi. Kita buat rawatan anak-anak yang lambat bercakap,” katanya memulakan perbualan.