Keenakan hidangan tempatan, nasi lemak memang tak perlu diperkatakan lagi.
Baik rakyat Malaysia sehinggalah orang luar, ramai yang gemarkan hidangan ini.
Menu ini bukan sahaja dijual oleh rakyat tempatan, ‘Mat Saleh’ yang tinggal di Malaysia pun ada yang berniaga nasi lemak.
Ada yang meraih keuntungan dengan nasi lemak, tetapi tidak buat Nensi Ulandari Amidin.
Beliau berniaga nasi lemak di tepi jalan selama tiga tahun tetapi gagal.
“Saya dapati kepakaran saya bukan di situ. Tiga tahun saya buat tapi tak menjadi, mungkin masakan tak sedap,” kongsinya memulakan perbualan.